BERDUSTA DIATAS NAMA NABI PUN DIJANJIKAN NERAKA


Fawwaz Johari


Terdapat 5 kisah yang dinyatakan di dalam posting dibawah, empat darinya tidak ada pun diceritakan di dalam al-Quran



1. Asiah - mati berkecai dihimpap batu. ❌

2. Maryam - melahirkan anak tanpa suami ✅

3. Khadijah - korban segala harta untuk agama ❌

4. Fatimah - penat melakukan kerja rumah❌

5. Ali - sentiasa sibuk tidak bantu kerja rumah❌


Bagaimana beliau berani berdusta dengan menggunakan nama al-Quran?


Posting beliau ini dikongsikan pula oleh 3 ribu orang lain.


Inilah fitnah di akhir zaman.


Nabi menjanjikan neraka bagi mereka yang berdusta diatas namanya:


مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”

[Riwayat al-Bukhari (107)]


Bagaimana pula bagi mereka yang berdusta diatas nama Al-Quran? 


Bagaimana beliau berani berdusta mengatakan:

“Cerita ini semua daripada Alquran. Daripada Allah”


Astagfirullahalazim!