BELUM MENERIMA MENYERTAI ANGGOTA

 

Malaysia masih belum menerima sebarang pengumuman rasmi mengenai penerimaan negara menjadi negara rakan BRICS.



Berita itu berlegar di media sosial susulan satu kiriman di akaun X @BRICSInfo, susulan penutupan hari pertama Sidang Kemuncak BRICS di Kazan pada Khamis.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu berkata, negara mengalu-alukan keputusan itu sekiranya benar.


“Bagi pihak delegasi Malaysia, kita akan menunggu sebarang pengumuman yang dibuat. Tapi kita juga telah dimaklumkan bahawa permohonan dari negara-negara untuk menyertai BRICS ini terus berlaku,” katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews