Che Ibrahim.
Isu cuti mingguan tidak wajar dikaitkan dengan mulia atau tidak mulianya hari tersebut di sisi Islam. Apa yang lebih penting ialah apabila pekerja diberi hak untuk cuti mingguan, maka kerajaan/majikan kepada pekerja itu lebih berhak untuk menentukan hari hari yang sesuai untuk diberi cuti yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.
Ambo tidak setuju dengan pandangan hari jumaat perlu dijadikan Hari Cuti Mingguan kerana cuti tidak ada kaitan dengan Islam, ianya adalah hak antara pekerja, majikan dan penguasanya. Tidak ada satu dalil pun yang menggalakkan umat Islam mengambil cuti rehat pada hari jumaat. Terserah kepada Kerajaan untuk menentukan hari yang sesuai untuk dijadikan Cuti Mingguan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengkritik pengumuman bahawa cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar semula kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025.
Menerusi satu hantaran di Facebook, pemimpin lantang dari PKR itu berkata, Jumaat adalah hari yang mulia dalam budaya Islam dan mempunyai pengertian yang besar bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.
“Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor."
Berita penuh: https://mk.my/uPJGjZO