ANGKUH ORANG TENDANG HANGPA MASUK LONGKANG

 


Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada malam ini menegaskan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak harus menjadikan UMNO angkuh dan bongkak.



Sebaliknya, parti Melayu itu perlu memastikan mandat yang diberikan rakyat dilaksanakan sebaik mungkin dengan penuh tawaduk dan beramanah.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan memaklumkan, MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews