AKIBAT BOHONG SAKIT MANTEL

 


Dah 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 pulak? Betul ke? Tak apalah. Kita bersangka baik.



Tapi teringat ada orang yang aku kenal dulu. Dia ada buat salah di tempat kerja. Masa nak kena panggil, dia tiba-tiba kena 𝘁𝗲𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻. 𝗚𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹.


Akibatnya, dia tak kena panggil untuk siasatan sebab syarikat nak tunggu dia sihat. Tapi sampai ke sudah tak sihat sihat dia.


Dia buat salah tu berdua. Kawan dia pergi menghadap dan kena buang kerja. Dia selamat. Akhirnya dia dapat 𝙢𝙚𝙙𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣, di buang kerja sebab masalah kesihatan.


Kena buang juga tapi dapat 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗽𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻. Berbeza dengan dia punya 𝘱𝘢𝘳𝘵𝘯𝘦𝘳 𝘪𝘯 𝘤𝘳𝘪𝘮𝘦. Tak dapat apa.


Aku tak kata Daim berlakon. Mungkin betul dia ni ada masalah mental. Iyalah. Dah tua kan. Otak dah lemah. Malah mungkin juga 𝗱𝗮𝗵 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝘂𝗸.


Apa aku nak kata, alasan 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 ni memang sangat-sangat berkesan kalau nak lepaskan diri dari undang-undang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.