TERBONGKAR SETELAH SEKIAN LAMA.

 Mohd Fairul


Kes GISB ini akhirnya terbongkar setelah sekian lama



Permulaan begini. Mana mana cult atau ajaran sesat bermula dengan taksub terlampau kepada 1 tubuh iaitu Tok Guru mereka


Taksub inilah yang muncul ambil air janggut sembur dekat makanan dan di restoran mereka

Suami isteri yang dah berkahwin nak bersama pun kena tanya Tok Guru

Doa nak minta ampun pun kena tawasul sebut nama tok Guru mereka


Kalau lihat ini benda berlaku bukan di Malaysia tapi seluruh dunia


GISB ialah another level. 

Memang dashyat.  Tapi jangan kita ignore simptom simptom begini semakin lama semakin banyak di Malaysia


Tak kira di madrasah, di tahfiz. Ada Tok Guru mengunakan method yang sama


Aku pernah experience pergi 2-3 kali program yang ada ada usul usul ni. Di tahfiz di Kelate


First time nampak semua nampak ok. Biasalah pakaian jubah. Budak budak tahfiz


Cuma aku start pelik bila anak murid nak bersalam dengan Tok Guru kena berjalan dengan lutut atau jatuh badan merendah betul. 


Dari diri sampai melutut nak salam. Macam orang sakit. 


Sungguh pelik anak murid ini hormat Tok Guru. 


Ini red flag betul aku tengok. 


Sebabnya kalau betul dia Tok Guru. Dia takkan suka kehormatan melebih melebih diberikan kepadanya


Sebab risau hati jadi riyak atau ujub. Habis semua amalan


Ingat senang ke jaga hati? Kita manusia biasa kena puji pun terangkat


Ini semua anak murid kita nak salam kena melutut. Ish kalah raja! Raja pun angkat tangan sahaja. Ini siap jatuhkan badan 


Ulama sebenar sangat sangat menjaga soal hati


Hatta Tok Guru Nik Aziz pun marah orang nak cium dia. Sebab taknak diagung agungkan.


Tambahan kalau kita ni ulama sufi yang sepatutnya sangat risau penyakit hati. Yang boleh menjadi jarum iblis


Waktu aku pergi tahfiz tu. Aku tengok banyak benda tak siap. Cat tak siap. 


Tapi apabila sembang lama dengan orang yang biasa datang situ 2 4 tahun.


Kata di sini semua founder berkumpul.


Ada yang dah derma ratus ratus ribu sebulan


Ada yang siap bagi kereta ke Tok Guru. Kereta Merz. Vellfire. Katanya aku nak berbakti kepada guru. Aku nak berubah. Sebelum ini aku kejar dunia. Sekarang aku nak infak


Bagus dah tu. Cuma masalah semua infak ke Tok Guru dia. Fuhhh. 


Dan bila tengok tempat masih macam tak siap walaupun derma dah beratus ribu masuk. 


Bukan itu saja. Setiap decision bisnes, mesti tanya Tok Guru. 


Hatta nak kahwin bila pun kena tunggu date Tok Guru!


"Katanya lain hidup dengan keberkatan Tok Guru katanya. Kita mesti rapat dengan Tok Guru. Kena tanya semua keputusan kepada Tok Guru"


Kalau aku orang bisnes. Kenapa nak tanya orang bukan kepakaran dia?


Tambahan pula. Bila dengar derma ratus ratus ribu ni. Tapi tengok faciliti madrasah masih daif


Aku dah rasa tak sedap hati betul


Tambah pula program aku datang tu


Pandai dia atur


Sesi berselawat sambil doa nangis nangis.


Doanya sambil seeding slow slow


"Harta kita tiada makna ya Allah

Harta kita tiada nilai ya Allah

Ya Allah selamatkan kami

Ampunkan dosa kami


Kami tahu ya Allah


Yang ada nilai hanya harta yang disedekahkan"


Begitulah lebih kurang


Iya. Ia tidak salah point point ni


Tapi sambil itu dia gerakkan tabung dia untuk collection derma. Hahaha pandai betul dia


1st time aku lihat depan mata orang buat begini. Tak sangka begini method collect derma. 


Murid pula mengidolakan Tok Guru sebegini sekali


Aku yakin aku lama lagi stay. Barangkali dia akan kata Nabi datang dalam mimpi dia dalam majlis dia dan bla bla bla. 


Group ini masih ada. Tapi aku reserve my comment.


Kalau nak ikut ikutlah. Bukan nak kata sesat tapi rasanya aku lebih selesa dengan cara beragama yang lain. Bukan begini. Berguru juga. Tapi tak pelik macam ni. 


Apa lagi anak murid dia buat?


1. Letak gambar besar besar dia Office. tak pasti dapat pahala atau macam mana bila letak besar besar. Ini bukan gambar saja. Ini gambar memang besar gila.


2. Infak setiap bulan. Ratusan ribu. Ada sampai bagi kereta mewah ke Tok Guru pakai sebab Tok Guru harta dunia tak berguna.


Kalau betul tak guna. Tok Guru takyahlah ambil. Betul tak? Infak je tempat lain pula


Begitulah. Sekarang barulah aku faham kenapa Dr MAZA ini ramai orang follow dia.


Dan ramai juga orang yang membenci beliau


Dengan munculnya tok Guru jadian yang menunggang anak murid untuk harta dan some cases wanita.


Bertopengkan agama untuk dapat dunia


Ini sungguh gila. Dan benda makin membarah di masyarakat kita. Kita tak boleh deny.


Betapa banyak pusat tahfiz yang scammer?


Berapa ramai yang menyamar jadi agamawan tetapi melakukan jenayah liwat?


Post ini bukan burukkan agamawan. Tapi ini isunya yang ada sekarang


Orang nak beragama. Orang nak ke Islam. 


Tetapi berguru dengan orang yang ambil kesempatan kepada kita


Bukan kah agama islam ini membebaskan kita dari semua makhluk?


Kita bukan agama Kristian perlu sampai nak ampun dosa kena luah ke paderi.


Aku harap mana mana yang baca ni.


Hati hati dalam beragama


Kita dahlah banyak isu masalah sosial yang lebih besar


Ditambah dengan agamawan yang ambil kesempatan


Makin tenat masyarakat kita


Jangan sampai


Zikir kena sebut nama Tok Guru

Mohon ampun dosa kena sebut nama Tok Guru

Barang peninggalan tok Guru kena ambil berkat

Kahwin kena tunggu Tok Guru

Nanti tak mustahil bila tok guru dah tiada.

kubur tok Guru pun anak murid pergi berzikir dan bersujud di situ!


Yang maksum manusia ni hanya para Rasul. Cukup. 


Moga Allah swt jaga kita dari tertipu dengan Tok Guru jadian yang merosakkan akidah kita dan lagi menjauhkan kita dengan Allah dan rasul.


Impian nak ke syurga. Tetapi tersadung di pintu neraka


Nauzubillah



No comments:

Post a Comment