SAMAN RM25 JUTA! AKMAL MEMUTAR BELIT DAN SEMAI KEBENCIAN?



Ahli Parlimen DAP Teresa Kok mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menuntut ganti rugi RM25 Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal. “Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah. "Jika anak guam kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi," kata notis itu. Semalam, Ahli Parlimen Seputeh itu disoal siasat polis kerana berkata cadangan kerajaan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan arak akan membebankan perniagaan dan boleh menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan.





No comments:

Post a Comment