MENERIMA KUNJUNGAN DUTA KE NEGARA LUAR

 

Menerima kunjungan hormat daripada enam Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu pagi ini. Mereka menerima watikah pelantikan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos lalu dan bakal menggalas amanah baharu di negara-negara penempatan kelak. 








Mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi ke Brunei Darussalam, Datuk Mohd Aini Atan; Duta Besar ke Sweden, Ambassador Sarimah Akbar; Duta Besar ke Qatar, Ambassador Faizal @ Mohd Faizal Razali; Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu, Tengku Dato' Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin; Duta Besar ke Peru, Ambassador Ahmad Irham Ikmal Hisham dan Pesuruhjaya Tinggi ke Bangladesh, Ambassador Mohd Shuhada Othman.


Dalam pertemuan ini, saya titipkan pesanan untuk Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan segala kepentingan negara sentiasa dipelihara dan diperjuang. 


Saya juga tekankan fokus Kerajaan MADANI untuk terus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, antaranya melalui manfaat perdagangan dan pelaburan luar berkualiti tinggi. 


Justeru, adalah sangat penting untuk semua Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia mengambil peranan yang lebih proaktif dalam menyusul, meneroka serta menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara. 


Syabas dan tahniah saya ucapkan atas pelantikan ini dan semoga mereka menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh tekad dan keazaman.


=================


This morning, I received a courtesy call by six new Heads of Diplomatic Mission of Malaysia, who will begin their duties at the respective countries they will be based. 


During the meeting, I emphasised that, as Heads of Malaysian Diplomatic Mission, they have a great responsibility in defending and protecting Malaysia’s national interests. As the MADANI Government continues to focus on strengthening Malaysia’s economic growth, I also stressed the need for all Heads of Malaysian Diplomatic Mission to take a more proactive role in following up, exploring and attracting high-quality foreign investments as well as enhancing bilateral trade to boost the country's economy.


Congratulations to all the newly appointed Heads of Malaysian Diplomatic Mission. May they be able to shoulder their new responsibilities and discharge the trust given to them with total commitment and determination.


#MalaysiaMADANI



No comments:

Post a Comment