Pak Ya Siam
Semalam Pak Ya jumpa kawan lama..
Dia tu Ustaz la,tapi kalau Pak Ya sebut nama mesti ramai yang kenai.. Bukan biasa-biasa punya orang Setakat Abuya boroi pun dia langgaq..
Tak banyak yang kami sembang ..
Tapi ada satu bahagian Pak Ya kena cerita kat hampa berkaitan ‘Lagu Abuya Skibidi’..
“Hang nampak dak lani lagu Abuya lekat kat telinga orang-orang kita”- Tanya dia la..
Pak Ya jawab viral noh lagu tu ustaz ..
“Viral korak hang,hang tau pasai pa ramai yang sangkut dengan lagu tu??”- Tanya dia
“Pasai ramai dah minum ayaq janggut dia lah tu” - Tu lagu puji2 Abuya pun depa syok layan
Hahaha gelak guling2 kami …
Dia kata hati-hati lagu Abuya tu takut tergelicir akidah tanpa sedar ..
Fuhh tersandaq Pak Ya,dah la semalam baru buat tiktok lagu tu hahah .. Adakah Pak Ya dah terminum 😬😬😬