STANDING ONDER KENA NAIK MAHKAMAH - KEBODOHAN DALAM MEMFITNAH GUNA RUJUKAN DARI SOCIAL MEDIA MEMALUKAN!



Teresa Kok (PH-Seputeh) menolak andaian Siti Mastura Muhammad bahawa dirinya merupakan saudara mara dengan mantan setiausaha agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng. “Ini menyebabkan orang Singapura mengetawakan kita dari seberang Causeway. Kita tahu pembohongan yang berulang boleh diterima sebagai kebenaran, tetapi saya bukan komunis. “Sesiapa dengan otak tahu bahawa dakwaan itu palsu,” kata Kok kepada Mahkamah Tinggi. Naib pengerusi DAP itu juga menambah bahawa Mastura cuba memberi gambaran bahawa semua orang Cina sebagai komunis dalam ucapannya dan tidak bertanggungjawab kerana bersandarkan buku kempen pilihanraya BN untuk membuat dakwaan tersebut. Kok berkata demikian dalam kes saman fitnah yang beliau failkan bersama pengerusi DAP kebangsaan Lim Guan Eng dan pemimpin DAP veteran Lim Kit Siang. Mastura telah mendakwa bahawa Kok merupakan sebahagian daripada anggota keluarga Lim yang kononnya merupakan saudara kepada Chin Peng dan turut mempunyai perkaitan dengan perdana Menteri Singapira yang pertama Lee Kuan Yew.





No comments:

Post a Comment