ABAHCOW MINTA BELAS KASIHAN! KENYATAAN TERKINI PMX DS AWNAR IBRAHIM!



Kerajaan akan memberi tumpuan kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi, sekali gus menangani kos sara hidup rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2025 bulan depan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Beliau berkata, hal ini kerana di bawah kerajaan Madani ketika ini, kadar inflasi negara berada di tahap 2% dengan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5.9% bagi suku kedua tahun ini. “Saya baru balik dari Vladivostok, Rusia. Jumpa Presiden Vladimir Putin. Ada soal jawab orang tanya (berkaitan) inflasi kita, 2% dan beberapa bidang makanan 3 atau 3.5%, itu pun jenuh kita nak kawal. Saya mahu jadikan strategi belanjawan Oktober ini bagaimana tangani masalah kos sara hidup…berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, inflasi kita rendah. Katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad di sini. Justeru, Anwar berkata, kerajaan sentiasa serius dalam menguruskan ekonomi, selain mengelakkan pembaziran dalam pelbagai perkara. Pada 22 Ogos lalu, media melaporkan inflasi Malaysia kekal 2% sejak Mei lalu menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dalam laporan indeks harga pengguna (IHP) bagi Julai 2024. DoSM dalam kenyataan melaporkan inflasi itu didorong peningkatan dalam kumpulan utama, termasuk restoran dan perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan (3.2%); rekreasi, sukan dan budaya (2.2%) serta kesihatan (1.9%). Tak campur tangan siasatan kes Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan siasatan kes mana-mana individu atau pemimpin dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa. “Kita tengok sekarang setiap minggu ada saja skandal baharu, ada orang kata kerana Anwar berdendam. Tak betul, kita kena hentikan amalan pimpinan guna kuasa untuk cari kekayaan peribadi. Saya harap semua betul-betul faham. Saya tak kira siapa dalam soal siasatan, siapa salah, ada kes curi motosikal atau merompak itu kerja polis, mereka tidak tanya saya boleh siasat atau tidak.





No comments:

Post a Comment