PERBUATAN YANG TIDAK ADA MORAL. KALAU LAH ORANG HINA MAK BAPAK HANG MACAMANA LA GAMAKNYA. TAK SEKOLAH DAN TAK ADA AGAMA NI.

Sheerlena Abdul Rashid 




Hinalah saya, kutuklah saya, tapi bukan arwah Bapa saya...


Saya betul-betul sedih baca komen-komen ni, hati rasa amat terluka. 


Hanya kerana politik, mereka sanggup menghina ahli keluarga orang lain yang tak ada kaitan.


Apa dosa dan salah silap arwah bapa saya pada anda?


Baru beberapa bulan saya kehilangan bapa, kesedihan masih belum reda,


Setiap saat, setiap masa hanya wajah arwah bermain di benak fikiran.


Rindu... sangat rindu pada arwah bapa.


Saya merayu pada kawan-kawan sebelah sana, kalau benci saya sekalipun, kalau benci parti saya sekalipun, tolonglah jangan hina arwah bapa saya...



KENAPA PN KALAH.


ISLAH


 Infografik dibawah merupakan keputusan 12 siri Pilihanraya Kecil yang berlangsung selepas PRU-15. Kesimpulan dari kemenangan besar BN di PRK N29 Mahkota Johor baru-baru ini, membuktikan naratif retorik & emosi yang digunakan pihak pembangkang ditolak majoriti pengundi.


Kerajaan Perpaduan yang lebih konstruktif serta progresif dari segi gerak kerja kini menjadi kepedulian rakyat untuk dinilai.



𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗘𝗛𝗪𝗔𝗟 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙

 


𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗘𝗛𝗪𝗔𝗟 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙

#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham 

(Nota Admin : Tolong share dan sebarkan poster Forum Perdana Ehwal Islam ini seluas mungkin)



1) Ramai di kalangan penyokong Kerajaan telah berkali-kali menyuarakan kebimbangan mengenai 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 yg berleluasa dlm SocMed sejak era Kerajaan MADANI ni. Teguran saya melalui pelbagai artikel tentang bahaya 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗱𝗶𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 dlm SocMed di Malaysia, sudah tidak terkira banyaknya. Saya sudah "𝗹𝗼𝘀𝘁 𝘁𝗿𝗮𝗰𝗸" tetapi banyak kali saya pernah menyarankan agar pihak berkuasa bertindak secara tegas menggunakan beberapa peruntukan undang-undang sediada ke atas pemfitnah dan pelaku 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙.


2) Alhamdulillah, sesuai dengan suara kebimbangan para netizen pro Kerajaan dan PHBN yg mahukan 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗛𝗨𝗧𝗕𝗔𝗛, 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗰𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗿, saya difahamkan bahawa 𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗘𝗛𝗪𝗔𝗟 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 yg akan disiarkan secara 𝗟𝗜𝗩𝗘 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗦𝘁𝘂𝗱𝗶𝗼 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗬𝘂𝘀𝘂𝗳, 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 pada : hari 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀, 𝟬𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗷𝗮𝗺 𝟵.𝟬𝟬 𝗺𝗹𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗩𝟭 𝗥𝗧𝗠, 𝗦𝗼𝗰𝗠𝗲𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗩 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠. Diharap Rakyat Malaysia dapat meluangkan masa mengikuti Live FPEI dgn tajuk yg sangat penting yakni - 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. JAKIM dan RTM disarankan mengulang siar rakaman forum ini.


3) Panelis adalah 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗗𝗿. 𝗡𝗮'𝗶𝗺 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿, 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝘂𝘄𝗮𝘇 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗶𝗹 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗮𝘇𝗺𝗶𝗿 𝗭𝗮𝗸𝗮𝗿𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗴 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 atau pengamal undang-undang. 


4) PASTILAH panelis mempunyai pendekatan tersendiri membincangkan 𝘁𝗼𝗽𝗶𝗸 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 tetapi secara peribadi, melihat persoalan sering ditimbulkan netizen saya berharap dalam masa yg terhad itu panelis dapat 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗸𝗽𝗱 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 hal seperti di bawah :


i) 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 kerana ia adalah perkara dosa yg Allah SWT sebutkan dengan jelas hukumannya seperti dalam 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻 𝗡𝗶𝘀𝗮 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝟰-𝟱 dan wajib membawa 4 saksi yg 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗤. 


ii) 𝗧𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘇𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 tetap berlaku meskipun diucapkan 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛, tanpa menyebut nama orang yg dituduh atau dimaksudkan. Ia tetap merupakan perbuatan menjaja cerita buruk.  Firman Allah SWT yg bermaksud : 


"𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻-𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝘇𝗮𝗯 𝘀𝗲𝗸𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁; 𝗱𝗮𝗻 (𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵) 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 (𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮) 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 (𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗮𝗻)


[𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝟭𝟵]


iii) Meskipun telah dijatuhkan 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 atau telah diketahui umum, ia 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗘𝗡 utk tuduhan 𝗭𝗶𝗻𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 jika GAGAL membawa 𝟰 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶 𝘆𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗤. Ini mungkin boleh dijelaskan dengan membawakan kisah teladan 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗶 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘇𝗮𝗵 seorg wanita yg dianggap seperti pelacur semasa hayatnya.


iv) Menjaja dan mengulangi 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. bukan sekadar menempa 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 tetapi juga 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗚𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛.  Firman Allah SWT yang bermaksud : 


"𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻, 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘁𝗶? 𝗠𝗮𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴."


[𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗛𝘂𝗷𝘂𝗿𝗮𝘁 𝟭𝟮]


v) Perlu juga dijelaskan akan hukum kepada para Mufti, asatizah dan pemuka agama 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝘂𝗿 perbuatan segelintir netizen mengulangi  𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 setiap hari di Platform SocMed. 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 "𝗸𝗲𝗯𝗮𝗹" 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗷𝗶𝗸𝗮 "𝗽𝗲𝗷𝗮𝗺 𝗺𝗮𝘁𝗮", 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗶.


vi) Mungkin Panelis terutama Menteri Agama dan Tuan Peguam boleh menjelaskan kpd umum tentang 𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 dalam konteks Malaysia. Adakah peruntukan QAZAF dan LIWAT dalam 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟳 & 𝟭𝟴 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗜𝗜 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟮𝟱 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟱𝟱𝟵 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 (𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵-𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻) 𝟭𝟵𝟵𝟳 boleh dikuatkuasakan?? 


vii) Diharap Panelis terutama Menteri Agama dan Tuan Peguam dapat menjelaskan apa 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗟𝗶𝘄𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗱𝗶 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 dan adakah ia TERTAKLUK kepada had ditetapkan 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟰 (𝟭) 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻??


5) JUJURnya, saya benar-benar berharap kita dapat 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦 melalui peruntukan undang-undang yg mantap. 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻.


6)  Sebagai renungan bersama : 𝗗𝗜𝗧𝗨𝗦𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗠𝗕𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗜𝗣𝗜. 

Sabda Baginda Rasulullah:


"𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗶𝗻𝗴𝗶 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗽𝘂𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗸𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀𝗶 𝗽𝗶𝗽𝗶 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗸𝗲 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗵𝗲𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁 𝗹𝘂𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗵𝗲𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀𝗶 𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗵𝗲𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝘂𝗳𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗿𝘂 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮". 


- [HR Ibn Hibban 655].


7) Seperti yg pernah saya sarankan supaya 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟰𝟵𝟵 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟱𝟳𝟰) dikaji, dipinda, digubal dengan memasukkan maksud 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 atau pertuduhan seumpamanya ke dalam 𝗛𝘂𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗶𝘀𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 berkenaan. Logiknya kerana dalam undang-undang jenayah sivil telah wujud peruntukan kesalahan Liwat dalam 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟯𝟳𝟳𝗕 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻. 


8.) Kenapa 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 tidak boleh dimasukkan "secara terang dan jelas" sebagai 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟰𝟵𝟵 Kanun yg sama?? ANDAI ini boleh dilakukan maka pihak MDN, KDN dan PDRM akan berada di bawah RADAR pemerhatian umum samada mereka benar-benar serious dalam 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙?


Wallahualam.


-Zus Din 

30092024

***********

#JenayahQAZAF 

#SayNoToQAZAF



AIRPORT MIRI DIBESARKAN.


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Lapangan Terbang Miri terus diperbesar susulan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakannya.



Beliau berkata kadar pertumbuhan jumlah pengguna lapangan terbang itu meningkat hampir 90 peratus berbanding tahun lepas dan ini mewajarkan keperluan untuk meningkatkan lagi infrastruktur berkenaan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



MUDAH JADI ORANG MALAS. TAK DAK KERIAU.. BANGSA SUBSIDI.


Che Ibrahim

 

BUKAN SENANG NAK HIDUP SENANG


Ambo pernah kerja gomen, tapi berhenti kerja takdang pencen, kononnya tak mahu jadi abdi kepada Kerajaan (masa tu ambo supa walaun lo ni).

Ambo pernah kerja makan gaji dengan kerajaan, tapi kena buang kerja kerana tak sebulu (masa tu ambo dianggap Jebon)


Ambo ada kebun getah, tapi takdak orang nak menoreh, kalau pun ada penoreh, batang getah pun menangis, usahkan tuan kebun. 


Ambo ada kebun sawit, tapi dulu dulu boleh sehingga 20 tan sebulan, skrg dapat 5-6 tan pun dah mujur sebab dah bertahun tak berbaja, kebun pun dah jadi sarang gajah kerana takde pekerja. 


Ambo ada kebun durian, tapi sukar menjaganya lebih sukar dari jaga diri sendiri yang ada berbagai penyakit dan karenah kehidupan. 


Bukan senang nak hidup senang kecuali kita ambil senang semua perkara, pedulikan halal haram betul tak betul, janji masyuk....



DR WHO?..

 


Who? 


Knock knock,


Who’s there?


It’s Who, Dr Who.


Dr Who?


Who’s Dr Who?


Who? Who? Who?




AKAI TAK ADA, ADAB PUN TARAK.


 DI AKHIRAT PUN KALAH MASUK NERAKA SEBAB KAKI FITNAH, HATI BUSUK MELALAK MEMAKI, AIB KAN ORANG TAK SEHALUAN DAN MENGKAFIRKN ORANG LAIN DENGAN TIADA ADAB!




BUDAK BENGONG NI AKAN MENJHANAMKAN UMNO


Che Ibrahim. 


 Ambo pun tak hingin kalau ikut ke hagah, meto dan ego... Tapi kalau mmikir ke perpaduan dan kepentingan rakyat, tak guna kita berbaloh kerana berbeza parti.



IRAN GAK BAGI PINGAT APA.

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-55 hari ini.



Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



KHABIB PELAWA JOJO BERLATIH BERSAMA BELIAU

 

Bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.



"Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews


BILA KALAH GUNA FITNAH PULA.

 

Bila tak boleh terima kekalahan, dia buat firman pula.




Gambar pertama adalah apa yang PN sebarkan untuk fitnah kononnya 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮.


Ada seorang pengguna X yang menggunakan nama 𝗧𝗼𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 (@𝘛𝘰𝘬𝘗𝘦𝘳𝘢𝘬8) cari video asal di TikTok dan ternyata is fitnah.


Yang sebenarnya seperti apa yang tertera di Gambar 2. Buruk benar perangai PN. Fitnah dah menjadi darah daging mereka.


Khabarnya pemilik akaun akan buat 𝘳𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵 polis. Harap ada tindakan terhadap 𝗮𝗴𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 yang mulakan fitnah ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


BAWA LAH LAGI MUSIBAT.

 

W. Faudzin


Aku banyak kali pesan...jangan bawa mamat musibat tu datang kempen...nanti kena telanjang lagi macam kat Nenggiri.  Tengok, terbaru dia fitnah bodoh kononnya rombongan umno ke china untuk belajar politik komunis.  Pastu fitnah calon Bn kat Mahkota tu ada rekod polis nak bgtahu calon tersebut adalah penjenayah.  Dia ingat rakyat Johor bodoh macam walaun?



7 WATAK AGAMAWAN ZAMAN INI

DZULKARNAIN ABIDIN


7 WATAK "AGAMAWAN" ZAMAN SEKARANG


1. Berbeza pandangan, nak menang.

2. Makan, harap orang belanja.

3. Depan orang, tunjuk baik.

4. Buka pondok, kutip derma.

5. Bagi kuliah, buat lawak bodoh.

6. Depan nama, letak datuk palsu.

7. Pendapat orang, tak pernah terima.


Hangpa nak tambah jadi 8, 18, 80... hangpa punya pasal. Aku tak mau campoq. 


Sebab, semakin hari aku semakin malu (dan meluat) dengan watak, perangai dan kelaku agamawan.


Agamawan Aswaja ka, Wahabi ka, serupa saja. Dua kali lima.



MAJLIS ILMU MADANI

 

Alhamdulillah majlis-majlis seperti ini wujud dan meriah di negara luar seperti di Turki dan Timur Tengah. 




Namun asbab ikhtiar para pencinta Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم di negara kita, maka akan wujud majlis ini di negara tercinta. Allahu akbar 


Majlis ini merupakan majlis yang sangat berkat, akan menarik rahmat Allah ta’ala khususnya ke bumi Malaysia dan insyallah akan dihadiri oleh kibar ulama dari luar negara dan dalam negara. 


Jom kosongkan jadual kita, insyallah ianya akan bermula 10-20 November 2024. 


Semoga Allah Ta’ala pilih kita semua untuk mengambil bahagian dalam majlis ini. Allahuma amin


Updated : Senarai list ulama jemputan ditarik balik kerana ada perubahan kepada ulama jemputan.



KERAJAAN KELANTAN PERLU BUAT KEPUTUSAN



Perletakan jawatan penghulu di mukim Dewan Beta Kota Bharu dan seretak dengan perobohan pejabat penghulu membawa mesej tersendiri dan memberi implikasi kepada parti menerintah di negeri itu hari ini.


Tidak ada kenyataan rasmi oleh penghulu berkenaan tetapi video perobohan pejabat itu sesuatu memalukan. Jika tidak ada perkara besar berlaku tidak mungkin proses perobohan itu diviralkan.


Apabila diviralkan dan prrobohannya mrnggunakan jentolak tentu ia membawa maksud tertentu dan dalam hal ini adalah sindiran dan kecaman kepada kerajaan Kelantan.


Apa yang dijadikan alasan tindakan  itu kerana suara rakyat tidak dipedulikan. Ini boleh diambil pengertian bahawa rakyat di kawasan berkenaan tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan hari ini.


Sebenanya walaupun isu di Beta itu isu terpencil tetapi itulah hakikat yang berlaku di Kelantan hari ini. Pihak berkuasa atau agensi kerajaan tidak mampu untuk memenuhi kehendak rakyat termasuk menguruskan infastraktur tempatan.


Apa boleb dibayangkan penghulu yang letak jawatan itu mungkin sudah tidak sanggup berhadapan dengan rakyat yang memerlukan perhatian termasuk sumbangan daripada kerajaan tetapi tidak dipenuhi oleh wakil rakyat disitu.


Jadi sebagai alternatif dia meletak jawatan sebagai jalan keluar daripada diasak oleh rakyat yang mahu bantuan dan tidak mahu pusing kepala.


Fenomena ini jika dibiarkan ia merbahaya kepada kerajaan Kelantan hari ini. Apa yang berlaku di Beta itu boleh jadi ikutan kepada penghulu mukim lain pula selepas ini.


Justeru sesuatu tindakan penyelesaian perlu diatasi segera bagi mengelak lebih banyak penghulu letak jawatan dan perobohan pejabat berlaku. 


Dan jika perkara itu berlaku kerana masalah ketidak mampuan dari segi kewangan elok kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk bergabung atau menyokong penuh kerajaan Madani kini. Trims.



𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔: 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗡

 


𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔: 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗡


✍️ Ahmad Mursi 


1.  PN nyaris hilang wang deposit lepasi had minimum 12.5% (4,418) dari jumlah keluar undi walhal ini 1 lawan 1. Lebih 2,929 undi je.


2.  PN kalah di Kesemua 18 Daerah Mengundi (DM).


3.  3 DM Melayu yang dimenangi PN pada PRU15 ditawan oleh BN dengan selesa.


4.  Jumlah keluar mengundi 35,342 (53.84%) berbanding PRN2022 sebanyak 40,225 (65.66%). Beza dari segi jumlah 4,883.


5.  Majoriti BN naik 4 kali ganda dari 5,166 ke 20,648.


6.  Bagi setiap 5 pengundi, 4 undi BN, dan 1 undi PN. BN 27,995 dan PN 7,347.


7.  Undi PH berpindah kepada BN. PRN 2022 dulu BN 16,611, PH 11,445, dan PN 7,614. Formula Perpaduan berkesan.


8.  Undi PN dah tepu dan kurang sedikit 7,347 dibanding dengan PRN2022 (7,614). Tak berjaya tambah undi walaupun PH tak bertanding.


9.  Undi PN menyusut 29.8% dibandingkan dengan jumlah undi dalam DUN Mahkota untuk merebut kerusi Parlimen Keluang pada PRU15 (8,750) semasa sentimen api perkauman ditiup secara maksimum.


10.  Kemenangan calon Perpaduan bukti rakyat inginkan kestabilan politik demi kemakmuran ekonomi dan mula jemu dengan politik 3R oleh PN.



TIADA KATA KATA BEBAS DARI HUKUMAN MAHKAMAH BEBAS





SANUSI JUNJUNG KASIH KEAMPUNAN SULTAN SELANGOR, JANJI AKAN JAGA TUTUR KATA


27 September 2024


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun daripada beliau. 


Beliau turut berikrar untuk mematuhi titah nasihat baginda agar lebih berhati-hati dalam tutur kata, khususnya ketika berada di Negeri Selangor.


Beliau juga menzahirkan harapan agar sifat pengampun dan kebaikan hati Sultan Selangor akan membawa kebaikan kepada negeri Selangor serta menambahkan daulat dalam pemerintahan baginda. 


“Dengan penuh hormat dan takzim, saya merafak sembah mendoakan semoga DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dipanjangkan usia oleh Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk terus melaksanakan tanggungjawab memerintah penuh adil dan cemerlang.


“Saya merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan DYMM Tuanku menerima permohonan ampun daripada saya sebagaimana yang dititahkan semalam.


“Saya berazam akan mematuhi titah nasihat DYMM Sultan Selangor untuk saya lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Negeri Selangor Darul Ehsan dan mudah-mudahan sifat pengampun dan kebaikan hati yang ada pada baginda akan membawa lebih banyak kebaikan serta menambahkan lagi daulat dalam pemerintahan DYMM Tuanku,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menerima permohonan ampun daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.


Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain.


Namun, baginda menasihatkan Muhammad Sanusi agar sentiasa menjaga tutur kata serta tatasusila.


Sumber – https://malaysiagazette.com/2024/09/27/sanusi-ikrar-patuhi-titah-sultan-selangor-akan-jaga-tutur-kata/



MISI PMX


 Misi PMX

Tahun 1 stabilkan politik✅️

Tahun ke-2 tingkatkan ekonomi ✅️

Tahun ke-3 Tangani kos sara hidup⏳️


Insya-Allah belanjawan Madani pada Oktober ini akan menekankan soal kos sara hidup - DS Samsul Iskandar.




MRSM PALING DAIF.



 “Saya boleh katakan sepanjang lawatan saya, ini adalah MRSM paling teruk dan saya telah arahkan pengetua buat senarai (kerosakan) yang mana saya beri tempoh sebulan dan paling penting sekali tandas.



“Saya tidak mahu tuding jari kerana saya lihat sendiri apa yang berlaku, dan saya punya penilaian sendiri MRSM ini dalam keadaan yang amat daif dan uzur dan dalam konteks ini saya akan ambil tanggungjawab penuh,” kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki .


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PN INI MAKIN TIDAK RELEVAN.


 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 telah rasmi keputusannya. PN terkena 𝗽𝘂𝗸𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗢 yang makan tahun kalau nak pulihkan. Namun ada beberapa pengajaran yang boleh diambil.


Pertama, PN masuk gelanggang dengan berbekalkan senjata 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, macam biasa. Tetapi nampaknya senjata PN itu sudah semakin menumpul.


Selain daripada walaun, rakyat terbanyak sudah tidak pandang isu yang PN bawa. 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 dah banyak kali dijawab. Isu 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 juga sudah jelas.


Permainan sentimen 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 pun tidak dapat menjentik hati pengundi kerana rata-rata rakyat dapat merasakan harga barangan asas sekarang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡.


Kekalahan ini sepatutnya menyedarkan PN, sekiranya mereka mahu kekal relevan, maka mereka perlu bawa isu 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗿, lebih rasional dan lebih realistik.


Jika PN masih mahu terus bermain dengan isu begini, nescaya PN akan terus hanyut dan menjelang PRU16, tidak ada lagi tempat untuk PN dalam politik negara.


Kedua, kerjasama antara parti dalam 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Laungan 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗗𝗔𝗣 telah tidak lagi berjaya menakutkan pengundi Melayu.


Imej DAP sudah semakin pulih di mata orang Melayu apatah lagi menteri-menteri DAP 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝙥𝙚𝙧𝙛𝙤𝙧𝙢 seperti 𝗔𝗻𝘁𝗼𝗻𝘆 𝗟𝗼𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗲𝘃𝗲 𝗦𝗶𝗺,. Malah menteri dari DAP jelas lebih 𝗰𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 berbanding PN dulu.


Begitu juga imej UMNO. Malah menteri UMNO seperti 𝗔𝘇𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗢𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻 juga mendapat perhatian umum. Kini menteri dari UMNO kelihatan betul-betul buat kerja.


Pun begitu, ikatan yang terbentuk belum cukup kuat. 𝗚𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Tapi sudah ada tanda-tanda positif. InsyaAllah di masa hadapan, akan lebih baik.


Ketiga, faktor calon juga memainkan peranan. Bukan kali pertama PN letak 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗺𝘂𝗮𝘁. Sebelum ini di Nenggiri. Calon PN bukan sahaja 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮, malahan tak disediakan dengan sempurna.


Ini seolah-olah memberitahu PN sedang 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻. Bagaimana rakyat mahu yakin PN boleh memerintah jika 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵?


Keempat, penceramah yang datang juga memainkan peranan 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘄𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗡. 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 misalnya. Dia tu memang ramai orang yang meluat dengannya. Bagi dia berceramah memang mengundang bala la.


𝗕𝗮𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗠𝘂𝘀𝗮 dan 𝗖𝗵𝗲𝗴𝘂 𝗕𝗮𝗿𝗱. Mereka ini dah lama ditolak oleh rakyat. Tapi malangnya PN masih berharap kepada mereka. Mana nak menang!


Memang Mahkota dari sebelum ini pun milik BN. Tapi bukanlah kawasan selamat. Persaingan sengit antara BN dan PH. Kemenangan BN membuktikan penyokong 𝗣𝗛 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗡.


Atau paling tidak, mereka tidak melihat PN sebagai alternatif dan lebih rela bersama BN daripada beri PN 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 dengan tak keluar mengundi.


Hakikat yang jelas, PN kini sedang mengalami defisit sokongan. Pengundi atas pagar telah mulai sedar PN sekadar tong kosong yang takkan mampu menyaingi Madani.


Dan jangan lupa, PMX juga antara 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 yang kuat. Situasi ekonomi negara yang mekar, kestabilan politik bahkan 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗸𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 berusaha membuatkan rakyat yakin negara ini di landasan yang tepat.


Pada PRK ini, PN masih mampu kekalkan pengundi lama. Tapi jika PN tak ambil pengajaran dari kekalahan ini, masih lagi nak berdolak dalik, PRU16 nanti 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝗣𝗡 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 𝘀𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


Pelajar termuda mendaftar hari ini sepanjang sejarah UM sejak ditubuhkan pada 1962.

 



Pelajar termuda mendaftar hari ini sepanjang sejarah UM sejak ditubuhkan pada 1962. 


Adik Iz Emir berusia 12 tahun. 


Tahun 1 Sarjana Muda Sains dalam Matematik.


 Usia 6 tahun - Tingkatan 1 Permata Pintar, UKM. 

8 tahun - O Level. 

11 tahun - A Level 


Sejarah tercipta. Alhamdulillah.


Kredit : Prof. Fatimah Binti Kari



Ini analisa saya Al Laduni Maklipat


 Zainuddin Omar


Ini analisa saya Al Laduni Maklipat



Sekarang pengundi Malaysia berpecah:

Melayu 45% PH, 55% PN (Pas+Bersatu+Walatok+Muda). 

Cina 90% DAP 

India 90% PH. 


Kes serangan Ketua Pemuda Umno terhadap Teresa KoK akan menyebabkan pengundi Cina tak keluar mengundi untuk ajar Akmal. 


Calun BN ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah. 


Al Laduni Maklipat wa MC Champ. 


BN akan kalah tipis kerana kaum Cina tak keluar mengundi (harap tidak berlaku). 


***************

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Mahkota esok sangat bergantung kepada kadar keluar mengundi mengikut etnik, menurut Ilham Centre.


Ketua penyelidik Profesor Madya Mohd Yusri Ibrahim berkata BN mula berkempen di landasan yang selesa, tetapi menghadapi halangan di pertengahan jalan.


“Faktor utama apabila tidak mendapat jaminan undi selamat daripada segmen pengundi PH sedia ada, khususnya pengundi etnik Cina yang kurang berminat untuk keluar membuang undi.


“Dalam masa sama BN masih bergelut dalam segmen teras Umno sendiri iaitu undi orang Melayu," kata Yusri dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini.


PRK Mahkota diadakan berikutan kematian penyandang Umno, Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.


Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Haizan Jaafar.


Mengulas lanjut, Yusri berkata kadar keluar mengundi akan menjadi penentu utama dalam pemilihan esok.


“Walaupun mengalami ketidaktentuan, BN masih pilihan untuk keluar sebagai pemenang, dengan syarat BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 40 peratus undi daripada pengundi Melayu yang keluar, dalam masa sama kadar keluar pengundi Cina tidak kurang daripada 35 peratus.


"Jika angka-angka ini tidak digapai oleh BN, PN yang pada awalnya turun sebagai underdog berpeluang untuk membuat kejutan merampas mimpi indah BN dengan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan mereka dalam segmen Melayu," kata Yusri.


"Namun jika BN berjaya menggapai angka-angka tersebut lebih besar berbanding angka ambang yang dinyatakan, mereka berpotensi menang dengan majoriti lebih besar," tambahnya.


Pada pilihan raya negeri Johor Mac 2022, Sharifah yang mewakili BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,166 undi.


Yusri berkata calon BN dan PN mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing, dengan Syed Hussien mempunyai "sedikit" kelebihan.


“Secara umumnya calon BN lebih mudah menembusi kedua-dua kelompok terbesar pemilih Mahkota iaitu pengundi Melayu dan Cina.


"Latar belakang pendidikan, kerjaya, hieraki dalam parti dan keterlibatan dalam organisasi masyarakat memberi nilai tambah bermakna untuk beliau berinteraksi dengan kedua-dua kelompok tersebut dengan selesa.


"Kemahiran berbahasa Mandarin dan memahami budaya pergaulan orang Cina turut memberi kelebihan kepada beliau," kata Yusri.


Mohd Haizan pula, katanya, banyak mempertaruhkan penglibatannya dalam bola sepak untuk diiktiraf pengundi.


Walaupun kelihatan selesa di kalangan pengundi Melayu, calon PN menurutnya bergelut untuk menyesuaikan diri dengan demografi Cina.


Mohd Haizan juga kelihatan berpengaruh di kalangan pengundi tentera, yang membentuk 4,510 pengundi, kerana pernah mengendalikan kafeteria di dalam kem tentera di sana.


Dari segi jentera, BN mempunyai kelebihan berbanding PN, kata Yusri.

Yusri seterusnya menyatakan perbezaan dalam strategi kempen yang diguna pakai oleh BN dan PN, dengan BN memilih pendekatan "penglibatan langsung" dengan pengundi, berbanding ceramah, walkabout dan pendekatan podcast yang diambil oleh PN.


Menurutnya, PN sebahagian besarnya terlibat dengan pengundi Melayu dan menghadapi isu berinteraksi dengan pengundi Cina, dengan kehadiran Gerakan hampir tidak memberi kesan.


Dia berkata DAP dan MCA, yang merupakan komponen kerajaan perpaduan, telah berusaha dengan berkesan untuk menarik pengundi Cina dalam kempen Mahkota.


Yusri berkata kedua-dua pihak menghadapi isu dalam mengkategorikan pengundi "putih", berdasarkan demografi kawasan itu.


“Situasi ini banyak mempengaruhi corak kempen apabila majoriti pengundi dirawat dengan mesej hampir sama, tidak terfokus mengikut profil pengundi sasar.


"Perkembangan ini juga secara tidak langsung menunjukkan gelanggang Mahkota ini adalah terbuka, siapa sahaja mempunyai peluang untuk keluar sebagai pemenang jika mampu merawat sokongan dan memujuk pengundi," katanya.


Kata Yusri lagi, walaupun pengundi Cina selesa dengan calon BN kerana kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin, cabarannya ialah mengajak mereka keluar mengundi.


“Isu utama pengundi Cina adalah mereka tidak ghairah untuk keluar mengundi esok. Faktornya kerana PRK Mahkota ini tidak memberi sebarang implikasi perubahan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.


"Dalam masa sama pengundi Cina menunjukkan reaksi tidak selesa berkaitan serangan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh terhadap (Ahli Parlimen DAP) Teresa Kok berkaitan isu sijil halal.


"Walaupun DAP berusaha gigih memujuk mereka keluar, maklum balas mereka secara umumnya masih dingin," kata Yusri.


Pengundi India juga menurutnya bersikap acuh tak acuh dalam pilihan raya, dengan tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang bertanding.


"Pelbagai isu diutarakan oleh pengundi India seperti rasa terabai oleh kerajaan, tiada perwakilan yang kuat dalam kerajaan yang menyebabkan suara mereka terbatas, serta isu-isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang umum," katanya.



OTAK PENUH PENCEMARAN. LEKEH.

Mukhlis Eddie


 Fazrin Jamal kata omputih ada (AI) Artificial Intelligence, kita ada (AI) Azhar Idrus.




DAP TUMPU PADA PERATUSAN KELUAR MENGUNDI


 Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.



Justeru, pimpinan DAP akan terus berusaha untuk memberi penerangan yang jelas di peringkat akar umbi bagi memberi keyakinan terhadap agenda dan hala tuju Kerajaan Perpaduan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



ISLAM WAJIB BAYAR ZAKAT


 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Ekonomi Islam amendanya kalau tak bayar zakat? Sama la macam 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿. Eh tapi tak suma juga. Ekonomi kafir 𝘢𝘵 𝘭𝘦𝘢𝘴𝘵 bayar juga 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻. Ini langsung tak ada.



Tak setakat itu, berapa banyak jenayah lain yang telah dilakukan. Baik 𝘀𝗶𝘃𝗶𝗹 mahupun 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵. 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 termasuklah tak carumkan SOCSO dan KWSP, 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 dan banyak lagi.


Macam ni punya meniaga, kalau tak kaya juga bodoh sangat la meniaga tu. Jadi janganlah kaitkan dengan Islam. 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. 𝗕𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗬𝗮𝗵𝘂𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶. Yahudi pun 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗶𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛 ni aniaya orang Melayu. Orang Islam!


Begitu buruk kelakuan, kalau ada lagi yang menyokong sah ada masalah mental. Patut tangkap yang sokong tu, 𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗵𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 untuk pemeriksaan. Sebab orang normal takkan begitu.


Tapi mungkin yang sokong tu bukan sokong pun tapi lebih kepada 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 Melayu/Muslim supaya 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Ala... 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 la tu. Walaun tak peduli betul atau salah. Janji boleh fitnah kerajaan, dia bedal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



SAKSIKAN POTCAST ESOK. RAFIZI LAWAN MACAI PN.

 

Podcast Yang Bakar Menteri (YBM) bersama Lim Sian See akan ditayangkan pada Isnin (30 September 2024), jam 8 malam di semua platform media sosial saya.



Ramai yang tertanya-tanya bila saya akan siarkan episod ini dan siapakah sebenarnya orang di sebalik akaun ini? 


Semua akan terjawab dalam episod ini. 


Soalan saya: aktivis-aktivis maya PN yang lain bila lagi?


Nak tahu soalan-soalan yang ditanyakan boleh tonton esok. Pohon disebarkan kepada semua.



SIASAT AGENSI YANG LEMAH AMBIL TINDAKAN.

 

Azam Baki berkata SPRM tak terlibat dalam siasatan GISB sebab tiada unsur 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Siasatan dibuat oleh PDRM dan agensi-agensi berkaitan Islam.


Betul tu. SPRM tak perlu terlibat dalam siasatan GISB. Tapi rasanya SPRM perlu terlibat juga. Tapi bukannya siasat GISB. Sebaliknya siasat 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻.


Isu ni bukan baru. Isu ni dah lama. Dah pernah dibawa kepada 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 tapi tak ada tindakan. Alangkah bagus kalau SPRM boleh siasat 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵-𝗹𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



SELANGOR AMBIL TINDAKAN TERHADAP GISB



 Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat berkenaan.



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau sendiri akan mengumumkan pada Rabu ini jumlah keseluruhan premis termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



KALAU AKU MEMANG TAK SIASAT DAH.. TANGKAPNTERUS.. NASIB SIASAT... TU ADIL NAMANYA.

 


KENAPA NAFI, PMO PATUTNYA BANGGA MENGAKUI SIASATAN DUA TUN MEMANG ARAHAN ANWAR?


27 September 2024


Laporan terbaru Bloomberg menyebut Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tun Mahathir Mohamad, anak-anaknya dan rakan rapatnya, Tun Daim Zainuddin.


Menurut laporan yang sama, PMO juga menafikan Anwar mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki supaya tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.


“PMO menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan arahan atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan SPRM.


“SPRM beroperasi sebagai badan bebas dan bertindak berdasarkan aduan yang diterima,” menurut Bloomberg yang memetik PMO sebagai berkata demikian.


Kenyataan PMO ini adalah untuk menafikan laporan Bloomberg sebelum ini yang melaporkan Azam memberitahu pegawai SPRM bahawa arahan untuk menyiasat Tun Mahathir dan anak-anaknya serta Tun Daim yang merupakan bekas menteri kewangan, datang daripada Anwar sendiri.


Dua anak Tun Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, sebelum ini juga menafikan mereka menjadi subjek siasatan SPRM, sebaliknya menyatakan mereka hanya diminta mengisytiharkan aset sebagai anak kepada individu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Mereka juga menyatakan bahawa mereka difahamkan bahawa pengisytiharan aset yang telah dibuat adalah untuk menentukan sama ada bapa mereka menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk memperkayakan mereka.


Tun Daim, awal tahun ini, minta dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mematuhi syarat notis pengisytiharan aset yang dikeluarkan oleh SPRM.


Dalam laporan Bloomberg yang sama, SPRM turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa SPRM beroperasi secara bebas dan mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa, termasuk Perdana Menteri.


“SPRM dengan tegas menolak dakwaan mengenai sebarang arahan daripada perdana menteri untuk mempengaruhi atau menghalang siasatan tertentu,” kata laporan itu lagi.


Cuma, persoalannya di sini, untuk apa PMO membuat penafian itu?


Kecuali dalam kes siasatan SPRM terhadap Farhash yang barangkali ada keperluan untuk PMO membuat penafian adanya sebarang arahan daripada Anwar, tetapi dalam kes Tun Mahathir dan Tun Daim, tiada keperluan untuk PMO berbuat demikian.


Hakikatnya, jika benar siasatan terhadap terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim dilakukan tanpa arahan sesiapa, kenapa siasatan tidak dilakukan sebelum ini lagi?


Azam mula mengetuai SPRM ketika era kepimpinan Muhyiddin Yassin, kemudian Ismail Sabri Yaakob dan terus sehingga kepimpinan semasa oleh Anwar, tetapi siasatan terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim hanya berlaku setelah Anwar memegang jawatan Perdana Menteri.


Ini menunjukkan, tanpa arahan kepimpinan kerajaan yang tegas dalam memerangi rasuah dan membanteras perlakuan sakau seperti Anwar, siasatan SPRM tidak mungkin berlaku terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim.


Lagi pula, sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, Anwar sentiasa bercakap kepada rakyat untuk menyiasat Tun Mahathir dan Tun Daim atas dakwaan melakukan salah guna kuasa dan mengumpul kekayaan melalui jawatan politik yang mereka sandang.


Anwar bahkan bertegas mahu mengembalikan, jika didapati kekayaan yang diperolehi Tun Mahathir dan Tun Daim itu dengan cara yang salah, kepada rakyat semula.


Ini bermakna, tanpa keraguan lagi siasatan yang telah berlaku sekarang adalah selaras dengan hasrat perjuangan Anwar selama ini.


Rakyat juga tentunya tertunggu-tunggu hasil siasatan terhadap kedua-dua Tun itu.


Dengan itu, PMO tidak harus malu-malu mengakui bahawa siasatan yang berlaku kepada Tun Mahathir dan Tun Daim adalah kerana  satu sebab saja iaitu  Anwar kini sudah berada di kerusi Perdana Menteri.


Nak harap SPRM di bawah Muhyiddin dan Ismail Sabri untuk menyiasat Tun Mahathir dan Tun Daim, sama seperti mengharapkan munculnya matahari di waktu malam.


Lalu, baik Anwar atau PMO – kenapa mesti malu untuk mengaku?


Anwar bahkan harus bangga mengambil “kredit” atas siasatan kepada kedua-dua Tun itu kerana ia adalah bukti nyata beliau seorang pemimpin yang cakap serupa bikin bila kuasa sudah dalam genggamannya. – ShahbudinHusin 27September2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/09/27/kenapa-nafi-pmo-patutnya-bangga-mengaku-siasatan-dua-tun-memang-arahan-anwar.html



KALAU TAK CERDIK JANGAN BAGI KOMEN BODO.

 


Gila ada banyak jenis. Tapi ni gila jenis ala tak dapat nak dipastikan. Penubuhan SG4 dan Sanusi ke Jepun (𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿) dikatakan sebab ringgit mengukuh.



Bila 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 kata langkah reformasi ekonomi yang telah diambil oleh kerajaan sebagai punca ringgit mengukuh puak ni tak terima. Tapi 𝘁𝗲𝗼𝗿𝗶 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 begini pula yang dimainkan.


Sanusi ke Jepun tu tarik pelabur pun tidak. Melawat loji air bawah tanah yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 dari bekerja. Celah mana boleh naikkan nilai ringgit? Apa kaitannya?


Penubuhan SG4 pun dah lama. Malahan masa SG4 tu baru ditubuhkan, 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗻𝗮𝗺. Syarikat yang nak ditubuhkan tu (atau dah ditubuhkan) 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Kalau nak reka cerita pun, biarlah 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹. Inj macam dongeng 𝘾𝙞𝙣𝙙𝙚𝙧𝙚𝙡𝙡𝙖 dah ni. Tiba-tiba 𝘁𝗶𝗸𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗱𝗮 dan 𝗹𝗮𝗯𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗸𝘂𝗱𝗮. Budak belum mumaiyiz boleh la percaya.


Betul orang kata. Kalau bodoh tu lebih baik diam. 𝘈𝘵 𝘭𝘦𝘢𝘴𝘵 orang tak tau awak tu bodoh. Dah macam ni, satu dunia tahu. Urat malu putus ke camne?


Kesian walaun sekarang terdesak sangat nak buktikan lebai bagus dan PMX gagal sampai terpaksa mengarut tahap begini. 𝗥𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Mental betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



NI PUN SIKIT LAGI KALAU DIA TAKBIR.. YANG ISLAM WALAUN PUN BOLEH SAMBUT TAKBIR DIA.. NOHHHHH

 Che Ibrahim


Silap tu Dr Bala... Sepatutnya kamu kena sebut orang kafir wajib undi Pas.....

Kamu nak jaga hati sapa muga kamu pun bukan Islam juga??




Jika inginkan keadilan di negara ini dilaksanakan, kata Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), orang bukan Islam hanya mempunyai satu pilihan iaitu mengundi PAS dalam PRU akan datang.


Ketua Penerangan DHPP Pusat, Balachandran Gopal Krishnan, mendakwa dengan memberikan PAS kuasa menjadi kerajaan parti itu akan membawa keadilan seperti yang dijamin al-Quran dan sunnah.


“So mereka (orang bukan Islam) tidak ada pilihan lain."


Berita penuh: https://mk.my/Wm6vm3B




KEH.. KEH.. LEBAI KAKI FITNAH... RAMALAN PUN FITNAH JUGA..

 

Mengejutkan? Mungkinlah untuk lebai gila macam dia ni.



Bukan setakat kalah, 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 malah undi yang diterima oleh PN 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗼𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Boleh kita kata ini 𝗿𝗲𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗣𝗡? Kalah dan 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮.


Mahiaddin, Hadi Awang, Wan Fayhsal, Annuar Musa dan semua pemimpin PN yang datang berkempen sila 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻. 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗺𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


AUSTRALIA SEKAT WARGA ISRAEL.

 

Australia telah mengenakan sekatan ke atas peneroka ekstrem Israel dan akan menolak visa kepada sesiapa yang dikenal pasti dalam kumpulan berkenaan untuk perjalanan ke negara itu.



Menteri Luar Australia, Penny Wong bagaimanapun berkata tindakan terhadap individu sahaja tidak cukup untuk "mengubah keadaan", dipercayai merujuk kepada situasi serangan berterusan Israel ke atas Gaza.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews