Tanah Kesedar: 'Bawa ke mahkamah itu pondan' - Takiyuddin jawab Zawawi


Takiyuddin Hassan mendakwa dia dipanggil polis susulan kenyataannya ketika ceramah bahawa Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) tidak memproses beribu lot tanah untuk diluluskan kerajaan negeri. Ketika berucap di Gua Musang malam tadi, Setiausaha Agung PAS itu mempertahankan kenyataannya sambil mencabar Pengerusi Kesedar, Zawawi Othman untuk menjelaskan perkara itu di pentas ceramah berbanding mengambil tindakan undang-undang. Terdahulu Zawawi menafikan kenyataan Takiyuddin dan menegaskan tanah milik Kesedar adalah hak agensi berkenaan tanpa membabitkan kerajaan negeri Kelantan.