SEMOGA SUKSES

 

MSO


Dengan pelantikan KSN yang baru ini Shamsul Azri Abu Bakar akan berakhirlah episod atau pun cerita yang  kurang elok sebelum ini tentang KSN yang dituduh orang itu dan orang ini atau pun proksi mana mana individu atau kumpulan.




Biarlan KSN baru ini menyucikan segala cemuhan terhadap penjawat jabatan itu selama ini yang dikaitkan dengan kroni orang itu dan orang ini. 


PM mengharap semoga KSN baru menghayati azamnya untuk mengutamakan  tatakelola dan integriti dalam perkhidmatan awam. Diharap KSN baru ini tidak ada geng itu dan geng ini, tetapi bebas berprinaip atas tanggungjawab dengan amanah yang seharusnya dipikul.


Perdana Menteri sangat memerlukan seorang ketua pendokong dan pembantu kerajaan yang telus, bersih dan tidak ada rangkaian yang dikaitan dengan kartel atau puak mana mana pihak. 


Semoga pelantikan Shamsul Azri sebagai KSN baru ini benar benar dapat mengimplimentasi cita-cita kerajaan Madani jauh sekali menjadi duri dalam daging. Trims.