Entahlah,
Sejak dari dulu lagi ana dah rasa pelik dengan fahaman songsang di kalangan pentaksub hijau putih, dia buat Tuhan macam kawan dia.
Kalau dia berdoa, dia lebih suka doa laknat atas lawan politiknya. Kalau boleh nak paksa Allah ikut kehendak dia.
Bukan itu sahaja, dengan beraninya dia boleh buat hukum sendiri bila ada yang lawan dia.
Tuduhan kapir, munafik, kumpulan ahzab, toghut, kafir harbi dan sebagainya sudah menjadi sinonim kepada musuhnya.
Yang tak tahan,
Siap dia boleh tawarkan darjat mati syahid dan pasti dapat syurga kalau berjuang bersama denganya.
Sungguh parah pemikiran yang mereka bawa, tidak tercapai dek akal yang waras bila ditimbang mengikut syariat.
Yer la,
Dia ingat pangkat syurga dan mati syahid seperti boleh beli di kedai dua ringgit.
Seolah² Tuhan itu lekeh dan bodoh terpaksa kena tunduk dan ikut dengan kehendak mereka.
Sedar atau tidak Agama Islam ini ada syariatnya tersendiri yang datang dari wahyu Tuhan..?
Semua perkara ada syaratnya untuk diterima oleh Allah, tidak kira sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar benda.
Semuanya wajib mengikut kehendak Allah, barulah ia diterima dan diredhai-Nya.
Ini tidak,
Tidak cukup siang, sambung pula belah malam. Kerjanya maki hamun, fitnah, adu domba dan sebagainya. Yang lebih parah siap tunjuk kunik dalam messenger, tapi niat tak kalah, nak mati syahid bagai.
Termenung jauh dibuatnya,
Kenapa tak nye,
Macam mana perangai Iblis boleh diterima mati syahid..?
'mung ingat Allah bodo ke..?'
Nau'zubillah..
Miqdad Zakaria
🤔🤔