Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini memaklumkan kos pembiayaan untuk delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 adalah di bawah tanggungan MOM.
Dalam kenyataan hari ini, MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews