Inilah institusi yang mengubah jalan hidup saya. Daripada seorang pelajar sekolah biasa beraliran sains tulin di menjadi pelajar bidang Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) sebaris dengan pelajar-pelajar asal sekolah agama.
Saya terhutang budi kepada KUSZA (UNISZA) sampai bila-bila. KUSZA (UNISZA) tidak pernah menjual atau berniaga sijilnya bahkan yuran yang dikenakan ketimbang murah. Sudahlah murah, jika berjaya memperoleh 'Dean's list' yuran semester itu akan dikembalikan iaitu dikreditkan ke semester berikutnya. Sepanjang 3 tahun di KUSZA (UNISZA) saya pernah 3 kali mendapat peluang itu.
KUSZA (UNISZA) yang telah memperkenalkan saya kepada ilmu astronomi Islam yang masih terlekat di minda saya dan menjadi amalan sampai hari ini. KUSZA (UNISZA) tidak pernah mengajar saya bahawa bumi ini bentuk bulat seperti donut dan bulan keluar masuk melalui lubang donut. (Tidak gitu cikgu astronomi Dr. Baharrudin Zainal?)
Syukur akhirnya alma mater sanjungan saya telah mengeluarkan kenyataan tentang status pemuda yang telah menghina institusi ini. Menghina UNISZA bererti mengguris hati saya dan ribuan alumni yang lain. Semoga kemuliaan UNISZA akan sentiasa terpelihara daripada anasir negatif dan disanjung sebagai institusi gah terulung.
Saya adalah alumni yang tidak berat tulang untuk mengisi program-program di UNISZA. Serulah in syaa Allah sampai.