INGAT MUDAH NAK BAGI WALAUN FAHAM BAB BAYAR DAN KURANG HUTANG NI. DEPA INGAT JUAI COQ KODOK KOT.

 


Abu seorang peniaga. Jumlah jualannya 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 lebih kurang RM20,000. Dengan wang itu dia gunakan untuk buat 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗽𝘂𝘀𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗴𝗮𝗷𝗶.


Akhir-akhir ini perniagaannya merosot sedikit. Jumlah jualan menjadi lebih kurang RM15,000 sahaja. Tetapi 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 RM20,000 sebulan.


Bagaimana cara untuk Abu 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘯𝘵𝘢𝘪𝘯 bisnesnya? Jadi Abu terpaksa 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠5,000. Ini yang dipanggil 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁.


Bulan berikutnya masih sama. Jualannya masih lagi RM15,000. Abu 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗥𝗠5,000. Kini jumlah hutang Abu dah jadi RM10,000.


Abu sedar, kalau dia tak ambil tindakan dari sekarang, hutangnya akan 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵. Abu kena buat penjimatan supaya perbelanjaannya turun.


Jadi Abu pun lakukan penjimatan seperti elektrik, air, petrol dan sebagainya. Bulan berikutnya, perbelanjaan Abu 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗥𝗠17,000.


Jadi bulan itu, Abu masih tetap berhutang tapi 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 daripada RM5,000 kepada RM2,000. Jumlah hutang Abu sekarang RM12,000 selepas penjimatan yang dilakukan.


Hutang masih tetap bertambah tapi 𝘵𝘳𝘦𝘯𝘥 peningkatan hutang 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝗻. Kalau langkah penjimatan tak diambil, untuk bulan ketiga, jumlah hutang Abu dah menjadi RM15,000. Tapi sekarang hanya RM12,000.


Bulan berikutnya Abu teruskan penjimatan tapi dalam masa yang sama, 𝗯𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻. Akhirnya jualan Abu meningkat menjadi RM17,000. Sekarang perbelanjaan dan jualan sama. Jadi Abu 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂.


Namun begitu, Abu masih belum mampu membayar hutangnya. Jadi walau jumlah hutang tak bertambah, namun tak berkurang. Kekal RM12,000.


Kalau bulan berikutnya Abu dapat tambah jualannya menjadi lebih RM17,000, masa tu barulah Abu 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴. Lepas tu baru kita boleh nampak jumlah hutang Abu berkurangan.


Faham setakat ni?


Rasa aku ini cara paling mudah nak jelaskan keadaan hutang negara. Baru-baru ni ramai yang, sama ada tak faham atau sengaja buat tak faham dengan tujuan nak 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗠𝗫, telah menuduh PMX menipu soal hutang negara.


PMX kata nak kurangkan hutang. Tapi hutang masih bertambah. Betul tu. Sama macam cerita di atas. Kita masih terpaksa berhutang sebab perbelanjaan negara 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻.


Tak boleh tak berhutang langsung buat masa ini kalau tak ia akan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Jadi diperkenalkan langkah penjimatan. 𝗦𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 adalah salah satunya.


Tapi sekarang defisit semakin mengecil. Hutang yang dibuat tidak sebanyak sebelum ini.


Kalau kerajaan mampu perkenalkan beberapa langkah penjimatan lagi dan dalam masa yang sama tambah pendapatan negara, defisit akan semakin mengurang dan akhirnya akan 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝘂𝗿𝗽𝗹𝘂𝘀.


Bila dah ada surplus atau lebihan nanti, 𝗯𝗮𝗿𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴. Kurangkan defisit adalah langkah pertama sebelum kita boleh mula bayar dan sifarkan hutang negara.


Kurangkan defisit ni kiranya macam masak nasi la. Sebelum boleh kita masak nasi goreng, kena masak nasi putih dulu. Kan?


Apa yang penting, kerajaan ini ada iltizam untuk henti berhutang. Walaupun terpaksa ambil langkah yang 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗼𝗽𝘂𝗹𝗮𝗿. Ironinya, 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻.


Nak apa sebenarnya? Nak hapuskan hutang, atau nak mewah, atau nak puaskan hati yang dengki dengan kecekapan DS Anwar perbaiki ekonomi negara? Lebih malang lagi, 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗶 𝗹𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 masa mereka memerintah dahulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.