Nazri Hamdan
Adakah dwirangkaian ni model yang baik?
Sebelum ni DNB dikritik sebab mereka berstatus monopoli. So untuk pecah monopoli ni kerajaan buat satu lagi rangkaian 5G.
Soalnya, bolehkah ini memberikan advantage kepada consumers dari segi harga?
Sebab kita tahu, monopoli memang akan tekan harga. Jadi dengan perlaksanaan dwirangkaian ni macam mana?
Memecahkan monopoli bertujuan untuk bagi manfaat harga rendah kepada pengguna hanya boleh berlaku jika ia bergerak dari model monopoli kepada persaingan.
Tapi nak pecahkan monopoli bukan senang. Mesti ada syarikat yang ada kekuatan kewangan. Sebab tu bisnes macam TNB bukan senang nak dipecah monopoli. Kadangkala memang no choice ada monopoli. Bukan sebab kita nak tapi sebab bukan semua perniagaan mampu offer service tersebut.
Tapi kalau satu monopoli jadi dua syarikat, ia bertukar dari monopoli kepada oligipoli. Oligopoli tetap akan bertindak hampir sama dengan monopoli.
Jadi jangan expect pengguna akan dapat kesan yang besar dari perkara ini. Tak ada monopoli / oligopoli akan suka-suka turunkan harga.
Tapi pada masa yang sama, saya faham apa yang kerajaan cuba buat. Mereka nak percepatkan coverage 5G di Malaysia. Kalau nak harapkan DNB akan jadi lambat.
In fact, saya yang tinggal di bandar ni pun line 5G masih tak stabil. Ada masa di muncul (itu pun 5G satu bar) tapi bila dah tak stabil dia pergi balik kepada 4G.
Jadi untuk baiki coverage ni itulah sebabnya satu lagi rangkaian akan diwujudkan.
Lagi satu mengenai kritikan YB Wan Fayhsal yang mengatakan DNB bakal jadi gajah putih lepas ni, itu hanya betul jika satu lagi rangkaian 5G menawarkan harga yang jauh lebih murah hingga menyebabkan majoriti pengguna beralih kepada mereka.
Tapi dalam konteks oligopoli / duopoly benda ni biasanya tak berlaku. Harga takkan jauh beza. Sebab mereka tetap akan bersikap seperti single monopoly iaitu letak harga di atas harga pasaran.
Lagi satu untuk kerajaan selesaikan perbezaan harga yang ketara dan selamatkan DNB ni senang saja. Mereka boleh tetapkan harga lantai (floor price). Setel masalah dan DNB tak jadi gajah putih. So kritikan YB Wan Fahysal terhadap dwirangkaian ni ok cuma gajah putih tu saya tak setuju.