MSO
Annuar Musa dedah penentuan calon PN di Nenggeri dibincang dan dibuat di rumahnya di Kuala Lumpur. Pelik sikit ni bila Annuar jadi pengerusi badan perhubungan Pas Kelantan sampai soal calon pun dibincangkan di rumahnya?
Katanya orang Pas ke rumahnya dari Gua Musang. Hebat Annuar dapat jadi taukeh “sementar tula” setelah jadi mualaf.
Makanya orang Pas Kelantan kena beringat sikit dengan orang ini, mula dia dok depan rumah lepas tu naik atas tangga lepas tu ke dalam rumah pula. Sila hari bulan nya masuk cereboh ke dalam bilik tidur, bala. Sejarah atau gelagat Annuar masa dia jadi kepala halia Umno dahulu kena ingat.
Saya ingatkan kerana kenal dengan perangai dan behaviour individu ini dia boleh lakukan apa sahaja dan bersandiwara dengan apa saja watak. Orang Umno sudah masak dan faham benar dengan perangai Annuar sebab itu bila dia ajak keluar Umno tak ramai ikutnya.
Waspada kerana nak elok kononnya pisang tak berbuah dua kali nanti gok kita di masuk musang, parak. Dia ni ada pelan jangka panjang untuk kepentingan dirinya. Gemulah Tokguru pernah tolak dia hidup hidup. Trims.