TAKHZIAH BUAT RAKYAT VIETNAM



 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada rakyat Vietnam atas pemergian Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong pada Jumaat.



Anwar dalam hantaran Facebook beliau berkata pemergian Nguyen Phu Trong satu kehilangan besar.


"Visi beliau untuk mengekalkan autonomi strategik dan mempromosikan tadbir urus yang baik di Vietnam sangat memberi kesan kepada saya ketika kami bertemu di Hanoi pada Julai 2023," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews