PUAK GHULAW CUBA SEKAT ACC

 

Jamzuri Ardani


Menang ada gerakan terancang dari puak-puak ghuluw buat lapuran ke atas platform media sosial untuk sekat akaun yang dilihat menjejaskan kepentingan politik mereka. 


Akaun saya telah beberapa kali cubaan menyekat.  Bila saya diberi amaran oleh pengendali platform kononnya posting saya ada unsur 'hate speech' saya akan challenge balik dan pengendali akan buat siasatan. 


Setakat ini setelah siasatan dibuat, saya clear dari semua aduan kecuali satu kes di mana saya share posting berkenaan isu Gaza dalam bahasa Inggeris. Atas aduan itu akaun saya telah dihadkan akses sehingga bulan Ogos ini. 


Ramai kawan tanya kenapa saya tidak lagi menulis. Sebenarnya saya tidak berhenti, cuma ramai rakan FB yang tidak dapat melihat posting saya kerana tidak lalu di wall mereka akibat sekatan ini.


Jika rakan-rakan bersetuju dengan tulisan saya, boleh bantu sebarkan dengan share di wall anda.