PRK NENGGIRI - SATU UJIAN UNTUK PELBAGAI


Che Ibrahim


UJIAN 1


Sejauh mana Pas dan Bersatu dapat bertolak ansur dalam memanjangkan jangkahayat PN. Sejarah Pas tidak pernah bertahan lama dalam mana mana pakatan politik yang mereka sertai. 


UJIAN 2


Sejauh mana UMNO telah berjaya menarik semula sokongan ahli ahlinya yang kecewa dengan UMNO dan berpaling tadah dengan menyokong Pas/PN dalam PRU yang lepas. 


UJIAN 3


Sejauh mana perpaduan parti parti politik terutama PH dan BN dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk "secara paksa" setelah tidak ada mana mana parti atau gabungan parti menguasai majoriti mudah dalam PRU 15.


UJIAN 4


Sejauh mana sokongan rakyat ke atas PMX dan Kerajaan Madani selepas lebih setahun memerintah Negara. 


UJIAN 5


Sejauh mana keabsahan pindaan Perlembagaan Parti Bersatu yang  dikuatkuasa kebelakangan bagi mengekang MP/Adun mereka lari . 


UJIAN 6


Apa status rasmi seorang MP/Adun yang merupakan ahli kepada satu parti, tetapi dipilih sebagai MP/Adun atas tiket parti lain. Adakah status seorang YB dikira mengikut keahlian parti atau mengikut parti yang dia bertanding??



No comments:

Post a Comment