Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Wilayah (Jakim) buat laporan kepada SKMM berhubung penularan satu Tiktok yang memperdengar qunut nazilah meminta Perdana Menteri binasa.
Menurut Mohd Na’im biarlah pihak berkuasa bertindak ke atas bahan yang tidak berakhlak. Dalam pada itu beliau menyatakan tidak jadi masalah untuk kritik dan menegur tetapi biarlah beradab dan cara yang betul.
"Mengadakan doa supaya pemimpin-pemimpin dilaknat itu bukan ajaran agama kita, Nabi Muhammad SAW mengajar berkasih sayang dan sekiranya (ada) beza pandangan apatah lagi dengan pemimpin yang seagama dengan kita, sepatutnya kita zahirkan biarlah dengan adab dan cara yang betul," katanya sambil menasihati semua.
Apabila ditanya lanjut semasa terjumpa beliau secara kebetulan digerai jualan durian tadi Menteri Agama itu mengatakan perbuatan itu tidak berakhlak dan bertentangan dengan nilai kita bangsa timur.
Katanya sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia kita perlu lebih bertimbang rasa dan mementingkan akhlak serta tahu menghormati pemimpin.
Penularan Tiktok berkenan sangat menyesalkan Mohd Na’im dan berharap semoga kes seperti tidak berulang lagi.
Tiktok berkenaan bagaimana pun telah dipadamkan oleh pihak berkenaan, di mana pemadaman itu jelas menunjukkan sesuatu yang tidak wajar. Trims.