Seorang wanita yang dirogol rakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham turut mengaku biasa tidur bersama wakil rakyat dari Perikatan Nasional (PN) itu.
Hal itu terbongkar menenerusi alasan penghakiman yang menyaksikan Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, pemerhati politik Najib Bakar bertanyakan sama ada Hilman akan membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan yang telah memberitahu mereka berzina.
“Dalam perbicaraan, rupanya dapat tahu mangsa ini adalah girlfriend Hilman. Biasa tidur bersama. Biasa mabuk bersama.
“Hari kejadian itu, hari jadi mangsa. Hilman bawa dia celebrate.
“Bila dah mabuk, ditempahnya bilik hotel dan ditinggalkan mangsa dengan Zulfahimin.
“Dia bagi ja girlfriend dia kat kawan sendiri. Sharing is caring kot. Amareka sungguh Adun PN ni rupanya ya?” perlinya.
Dalam masa sama, Najib menyarankan agar laporan kepada Jabatan Agama Islam berkaitan perlakuan terkutuk itu dibuat.
“Kalau (Hilman) tak lapor, kira betul la kan?
“Boleh dah ni buat laporan kepada Jabatan Agama Islam terhadap Adun PN ni kerana berzina,” tulis Najib lagi.
Untuk rekod, orang ramai boleh memuat turun alasan penghakiman kes rogol yang membabitkan kenalan pemimpin PN berkenaan.