PEMILIHAN BERSATU PUN KECOH. MACAMANA NAK PERINTAH...BOLEH LINGKUP KALAU SERAH SEMULA KE PN

 


Bersatu dijangka mengadakan pemilihannya Oktober ini selepas ditangguhkan sejak Mei tahun lalu untuk fokus PRN enam negeri. (Gambar Facebook)



Calon pemilihan Bersatu kena bayar RM1,000 hingga RM100,000?

FMT Reporters-04 Jul 2024, 05:23 PM

Sumber berkata bayaran tidak akan dikembalikan itu dikatakan dikenakan untuk menampung kos pemilihan Bersatu Oktober ini.

Bersatu dijangka mengadakan pemilihannya Oktober ini selepas ditangguhkan sejak Mei tahun lalu untuk fokus PRN enam negeri. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli Bersatu yang ingin menawarkan diri bertanding pemilihan parti Oktober ini perlu membayar antara RM1,000 hingga RM100,000 bergantung jawatan ditandingi.

Sumber berkata, perkara itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden pada mesyuarat malam tadi, mengejutkan ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) termasuk Presiden Muhyiddin Yassin.

Faizal atau Peja memaklumkan mereka yang ingin bertanding jawatan presiden dan timbalan perlu membayar RM100,000, RM50,000 bagi naib presiden, RM5,000 ahli MPT dan bayaran sehingga RM1,000 bagi pertandingan peringkat bahagian.

“Wang itu ‘hangus’, bukan deposit dan tidak dikembalikan kepada calon, ramai ahli MPT hairan mengapa tiba-tiba perkara itu diumumkan…presiden (Muhyiddin) pun kata beliau tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.

“Tetapi yang bersuara hanya dua orang, ada minta jumlah untuk tiga jawatan utama (presiden, timbalan dan naib) dikurangkan kerana terlalu tinggi. Seorang lagi bantah kerana bimbang ia menyekat ahli tidak mampu bayar untuk jawatan ketua serta ahli jawatankuasa bahagian,” katanya kepada FMT.

“Bila orang bantah Faizal minta MPT turunkan kuasa membuat keputusan kepada jawatankuasa pengurusan dipengerusikannya, alasannya juga bayaran itu untuk tampung kos pemilihan.”

Sumber itu berkata, ‘syarat’ baharu tersebut dibantah kerana hanya akan menguntungkan segelintir pemimpin dan boleh mewujudkan suasana tidak adil pada pemilihan.

“Pemimpin yang ada duit boleh pilih untuk menaja kumpulan tertentu di peringkat bahagian, kemudian mereka akan memilihnya bagi jawatan tertinggi di pusat…kalau beginilah boleh rosak parti.

“Harap pimpinan tertinggi termasuk presiden dapat hentikannya, elak keadaan lebih buruk,” katanya.

FMT sedang mendapatkan maklum balas Faizal mengenai perkara itu.

Pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dijangka menjadi tumpuan pada pemilihan Bersatu Oktober ini selepas Muhyiddin disah mengekalkan kedudukannya.

Faizal, penyandang sejak 2020 dikatakan bakal dicabar Setiausaha Agung Hamzah Zainudin yang dijangka dibenarkan bertanding mengikut Fasal 14.14 dan 14.16 walaupun sebelum ini tidak layak bertanding lima jawatan utama atau ‘top 5’ kerana belum cukup dua penggal sebagai MPT.

Bagi jawatan naib presiden Bersatu, sekurang-kurangnya 10 pemimpin berhasrat mengintai kerusi itu antaranya Ketua Penerangan Razali Idris, Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan, Saifuddin Abdullah dan Rafiq Abdullah.

Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dijangka bertanding mempertahankan jawatan naib presiden.

Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dijangka mencabar Rina Harun sebagai ketua Wanita manakala Adun Gombak Setia Hilman Idham dikatakan calon utama mengisi jawatan ketua sayap Pemuda, menggantikan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.



No comments:

Post a Comment