PEMBANGKANG YANG GAGAL BERFUNGSI MEMBELA RAKYAT


ISLAH


 Agak lucu apabila pembangkang mensifatkan pemimpin hari ini sebagai Kerajaan "lembu kenyang". Sedangkan mereka jauh lebih kenyang ketika memegang tampuk kuasa tempoh hari. 



Ketika rakyat berhadapan dengan kesusahan yang memaksa mereka mengangkat bendera putih, apa tindakan mereka? Parlimen ditutup, menyebabkan suara rakyat sukar didengari. 


Pelbagai isu rakyat tidak diberi perhatian sewajarnya, dan keputusan penting tertangguh. Walhal, ketika itulah masa paling kritikal untuk kepimpinan berfungsi dengan efektif dan proaktif.


Pembangkang sikapnya memang begitu. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelangkang.