PELAJAR MALAYSIA DI BAWA PULANG



 Petang ini saya mewakili Kerajaan Malaysia menyambut ketibaan warga Malaysia yang tinggal dan menuntut di Bangladesh yang dibawa pulang dari Lapangan Terbang Hazrat Shahjalal, Dhaka melalui pesawat khas Air Asia seramai 123 orang.






Sepertimana yang diketahui umum akan pergolakan di Bangladesh, Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sentiasa komited meletakkan aspek keselamatan nyawa rakyat Malaysia sebagai keutamaan.


Dalam hal ini kita perlu nyatakan kesatuan sebagai rakyat Malaysia untuk memainkan peranan masing-masing termasuklah dari segi sokongan moral kepada mereka yang telah diselamatkan.


Mewakili Kerajaan Malaysia, saya rakamkan sekalung penghargaan kepada Wisma Putra atas tindakan proaktif, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Kerajaan Bangladesh, pihak berkuasa tempatan di sana selain peranan yang digerakkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dan syarikat penerbangan Air Asia.


Alhamdulillah, misi mendukung amanat yang telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia diselamatkan telah dilaksanakan dengan sebaiknya.


Sama-sama kita doakan agar pergolakan di Bangladesh segera berakhir dan keamanan disana dapat dikembalikan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI