Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk pergi ke London dan Venice.
Hakim Azrul Darus membenarkan permohonan itu selepas peguam M. Puravalen yang mewakili Na'imah memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula Ahad ini hingga 25 Julai dan ia tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews