Jamzuri Ardani
Nabi SAW dulu mengajak orang bersedekah, menunaikan zakat, dan memberi makan kepada yang memerlukan. Namun, baginda sendiri hidup sederhana.
Abu Dzar Al Ghifari RA pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak pernah menyimpan sebarang lebihan wang atau makanan yang diperolehinya melainkan baginda akan bersedekah kepada yang memerlukan.
Aishah RA juga meriwayatkan bahawa keluarga Nabi SAW tidak pernah kenyang memakan roti yang diperbuat dari gandum kasar lebih dari dua kali sehari.
Malah, seringkali baginda hanya makan sekali sahaja sehari.
Hari ini kita melihat mereka yang kononnya mengaku mewarisi perjuangan Nabi SAW hidup dengan penuh kemewahan. Mereka malah tidak merasa segan silu menayang kemewahan hidup mereka di khalayak.
Semoga Allah SWT pelihara kita semua.