MENANTI KETUKAN TONGKAT HADI DISERI PERDANA?


MSO



Ketika ini Syaiqul Al Azhar Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad al-Tayyeb berada di negara kita. Beliau tiba semalam dalam rangka kunjungan ke negara kita atas undangan perdana menteri Anwar Ibrahim. Ketibaanya diberi sambutan kenegaraan.


Malam tadi beliau telah memberi syarah di majlis Ilmu Madani di Putrajaya. 


Kehadiran Dr Ahmad itu, selain menunjukkan perestui Syaiqul Azhar itu kepada kerajaan Madani ia juga melambangkan hubungan rapat di antara dua buah negara, Malayia - Mesir. Bukan Dr Ahmad sahaja hadir, tetapi sebelum ini bekas Mufti Mesir Prof Dr Ju'maah Muhammad juga hadir. Begitu juga beberapa orang tokoh agamawan, thariqat, akademik tersohor lain turut sama hadir. Malaysia telah menjadi seperti destinasi melancungnya para ulama dunia. 


Kedatangan mereka itu semua, sesuatu yang membanggakan kita. Ia juga istimewa dan membawa singnifkan tersendiri apabila hadir ketika Malaysia dipimpin Anwar Ibrahim. 


Adapun tujuan para ulama dan tokoh besar dunia dipanggil, untuk memberi semangat kepada rakyart negara ini agar menyokong kerajaan Madani. Negara kita yang masyarakanya bermajmuk adalah contoh terbaik untuk pembangunan kerajaan Madani di era pasca keruntuhan kerajaan as-alafus Soleh.


Sudah pasti disebalik undangan mereka itu, ia juga bermaksud mahu menunjukkan bahawa apa yang sedang dilakukan perdana menteri ini diterima dan diiktiraf oleh mereka. Bahawa negara kita adalah model kepada pembentukan negara bernuansakan Islam yang ideal.


Pun begitu, dalam seronok dan bangga menerima kunjungan para ulama itu, kita seperti sedikit terkedu atau terkilan apabila masih ada para ulama dan ilmuan agama tempatan sendiri, ada setengah yang belum memijak kaki ke Seri Perdana bagi menyampaikan syarahan disana atau pun menjamah kurma dan serabat. Bagi saya kehadiran mereka lebih perlu diutamakan daripada menerima jemputan dari luar itu, ini kerana merekalah "konrit" kepada perpaduan ummah negara ini yang kita dambakan manakala ulama luar itu hanya pendorong sahaja.


Atau apakah mereka sudah pun dijemput untuk menyemarakan penyebaran majlis Ilmu Madani di Sri Perdana, tetapi mereka enggan hadir kerana dihalang oleh sentimen "maddiyah", seperti kepentingan diri, cemburu atau kerana kepentingan politik?


Jika itu berlaku kerana hal demikian ia sesuatu yang malang. 


Kepada saya selagi ulama atau agamawan tempatan tidak hadir dan menjejak kaki ke Sri Perdana, berada sama dalam majlis  Ilmu Madani, cita-cita untuk mensukseskan pembentukan negara Madani tidak akan sampai ke kemuncaknya. 


Tidak ada erti para ulama luar diundang kalau ulama dalam negeri sendiri masih acuh tidak acuh atau disisihkan. 


Justeru saya mencadangkan agar perdana menteri turut sama mengundang para ulama tempatan yang skeptikal dengan kerajaan untuk hadir ke Sri Perdana dan turut menyampaikan syarahan perpaduan. Dan oknum yang paling penting bagi tujuan itu dijemput dan diundang dengan segala hormat ialah prsiden PAS Abdul Hadi Awang. 


Saya sangat yakin kehadiran Hadi ke majlis Ilmu Madani atau ke Putrajaya akan membawa perubahan besar dalam usaha kita membentuk kerajaan Madani, dan lebih banyak lagi kejayaan akan dicapai. Kelayakan, kehebatan dan kemasyuran Hadi dalam konteks Malaysia tidak boleh diketepikan kerana beliau sangat terpengaruh. Datanglah berapa banyak ulama dan tokoh luar ia tidak sama impaknya dengan hanya sekali Hadi mengetukkan tongkatnya di Sri Perdana. Trims.