LEKEH SANGAT MP NI. RASA AKU RAMAI TAHU DIA KENA BANTAI DALAM DEWAN. MACAM DIA HEBAT SANGAT.

 

Zolkafnain Abidin Alabyani


1. Pabila MP Pas merenyeh dalam parlimen kata polis "kacau" (pantau) aktiviti kempen depa sampai minta minit mesyuarat, ada dua tiga benda terlintas dalam kepala bana aku.


2. Biasalah. Kerajaan mana² pun akan "guna" polis untuk pantau pembangkang. Tambah² lagi pembangkang jenis Pas yang penceramahnya bercakap entah apa².


3. Dalam dok pantau pun depa sebar fitnah, kalau tak pantau, lagilah teruk. Kalau Pas jadi kerajaan, Pas tak akan guna polis untuk "kacau" pembangkang? Sembang bolehlah...!


4. Awat Pas la ni lekeh sangat? Dah tak dak semangat jihad ka? Dah tak mahu mati syahid ka? Dah tak redha dengan ujian dalam "perjuangan" ka? Awat Pas la ni dah tak macam dulu?


5. Aku bukan nak probok² Pas. Tapi nak bagi tahu, setakat polis pantau ceramah, masuk markas, minta minit mesyuarat (kalau betul), itu perkara biasa saja. Itu perkara remeh sangat.


6. Semua tu bukan benda baru. Dulu², presiden Pas (al-Marhum Fadhil Nor) kena tembak gas pemedih mata. Mat Sabu kena langgar kereta sampai cedera lutut. Haji Hadi pun pernah kena sembur ayaq kereta merah.


7. Depa semua hadap benda tu lama dah. Kalau depa bising pun, padanlah dengan apa yang depa kena. Masuk lokap, kena katok, kena terajang... Padanlah.


8. Ni baru polis ambik video ceramah depa, masuk markas, hingaq tak sangga. Biasalah tu. Takkan macam tu pun dah rasa teruk sangat dah? Dah rasa susah dah? Eh, hangpa mengaku pejuang Islam kan?


9. Nampak sangat pemimpin Pas la ni dah tak ada jiwa perjuangan. Sembang saja lebih. Jiwa depa jiwa jawatan dan duit. Jiwa depa la ni tak macam jiwa pemimpin Pas dulu².


10. Dah kalau Pas tak ada jiwa perjuangan, geng hangpa ada jiwa perjuangan ka? Tanya orang Pas. Nanti sat, jangan dok lompat dulu. Sabaq sat...!


11. Ni nak habaq bagi, kalau kami hangpa kata tak dak jiwa perjuangan, kami tak kisah sangat pun. Pasai kami tak dok bertempek, merenyeh, bersorak macam hangpa. Kami tak mudah² mengaku berjuang Islam macam hangpa.


12. Hangpa tu mengaku pejuang Islam, tapi penakut. Baik tak payah mengaku macam kami. Kan senang?