KERANA PILIH PEMIMPIN BODOH, ITULAH AKIBATNYA





Isunya mudah saja.  Mengapa 6 MP tersebut tidak keluar dari parti tetapi hanya menyokong PMX?  Jawapannya mudah, mereka perlukan peruntukan MP untuk kawasan mereka kerana pemimpin parti mereka ego dan sombong tidak mahu berbincang dengan PMX.


Maksudnya, mereka masih sayangkan parti mereka sebab itu mereka tidak keluar parti.  Mereka juga perlukan peruntukan untuk rakyat di kawasan mereka.  Jika sewaktu kerajaan tebuk atap 33 bulan perintah, Ketua Pembangkang ketika itu DS Anwar Ibrahim buangkan sikap ego dan sombong boleh berunding dengan PM Ismail Sabri, mengapa mereka tidak boleh?


Berunding bukan bererti wajib sokong PM.  PH waktu itu tidak sesekali istihar sokong Ismail Sabri, bahkan dalam parlimen tetap PH lawan jika ada yang perlu dilawan.  Jadi, takut apanya PN mahu berunding? Ego ? Sombong ?


Oleh kerana itulah 6 MP ini buat keputusan untuk kekal dalam parti tetapi menyokong PMX.  Parti mereka pun buat "aniaya" kepada mereka dengan tiba2 pinda perlembagaan parti kononnya untuk singkir mereka dan gantikan dengan orang lain melalui PRK.  


Nasib baik Speaker parlimen tidak sebodoh Muhyidin.  Zahid, Presiden Umno lebih cerdik apabila buat perjanjian dengan semua calon mereka sebelum PRU bagi mengelakkan MP-MP mereka dibeli oleh Muhyidin nanti.  Muhyidin yang telah biasa "beli" MP melalui "Scheme of Things' kali ini terbodoh dengan sendirinya.  Nasib hang la Bersatu !!


Andainya Muhyidin cerdik, PN akan berunding dengan PMX, semuanya berjalan dengan baik.  Peruntukan semua MP dapat dan tiada MP yang hilang dari kamu.  Elok2 ada kerusi MP, kini dan hilang 6 kerusi parlimen dan satu kerusi Dun di Selangor.  Kalau tidak bodoh, mahu kata apa? 


WFAUZDIN NS