Kenyataan balas berhubung pelaksanaan rangkaian 5G yang kedua.

 

Pendakwah Teknologi


Kenyataan balas berhubung pelaksanaan rangkaian 5G yang kedua. 


Bagi yang tidak tahu cerita, saya cuba jelaskan secara ringkas apa yang dibuat oleh pihak kerajaan (dulu/sekarang) dan apa yang dipersoalkan oleh Dato Wan Saiful Wan Jan. 


- Dulu-dulu 1G sampai 4G, pihak telco (syarikat telekomunikasi) yang menyediakan infrastuktur dan servis. Contohnya Celcom akan bina menara telekomunikasi dan sediakan pelan 4G untuk anda. Pada waktu Tun M, 5G juga akan dilaksanakan oleh Telco, (waktu tu demo 5G dibuat di Putrajaya dan Langkawi).


- Semasa DS Muhyiddin Yassin menjadi PM, beliau telah memperkenalkan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai syarikat milik kerajaan yang akan membangunkan dan menjaga infrastuktur telekomunikasi di seluruh Malaysia. Mula dengan 5G dan akan berterusan dengan 6G, 7G dan seterusnya. DNB buat infra, telco-telco sewa infra tersebut untuk beri servis 5G, 6G, 7G kepada anda.


- Sebelum menjadi PM, DS Anwar Ibrahim berpendapat DNB adalah satu bentuk monopoli. Dan setelah Beliau menjadi PMX, beliau memperkenalkan Rangkaian 5G Ke-Dua sebagai 'alternatif' kepada DNB untuk pelaksanaan 5G dan mungkin 6G seterusnya di Malaysia. 


Jadi berbalik kepada isu DNB dan Rangkaian ke-2. 

- Salah satu syarat yang dikenakan oleh pihak kerajaan sebelum membenarkan telco-telco mewujudkan rangkaian 5G kedua adalah, mereka kena ambil pegangan dalam DNB. Mereka kena beli saham DNB.


Secara mudahnya, Dato Wan Saiful mempersoalkan kenapa telco-telco yang menjadi pemilik DNB, dibenarkan pula untuk mewujudkan satu lagi infrastuktur rangkaian 5G di Malaysia.


........Panjang nak tulis ni...baik saya buat video. Lama dah tak buat video serius.