KALAH TETAP KALAH. MENTERI KOMUNIKASI TAK CELIK LAGI. JKOM, P.MO PULA BANYAM LENA DAFI CELIK. KEH. KEH. KEH..

 


1. Macam ni lah. Aku tak mau acah-acah poyo. Bagi aku, kalah tetap kalah. Kalah boleh dielak dan menang boleh diraih. Kita kalah kerana kita lemah. Nasi kandar atau pulut durian tak salah apa-apa.


2. Jentera kita hanya berkempen sesama sendiri. Ceramah sesama sendiri. Aku berani kata, pendengar ceramah kita 90% bukan pengundi. Maklumat tak sampai pun kepada sasaran sebenar.


3. Media sosial tak dimanfaatkan sepenuhnya. FB calon pun sekadar letak gambar dia jumpa orang ramai. Padahal sepatutnya ia lebih daripada sekadar itu. Pengundi dahagakan maklumat segar.


4. Selain FB calon, apa lagi saluran media sosial yang diguna? Mungkin ada. Tapi apabila aku tak tahu maknanya ada ramai orang lagi yang tak tahu macam aku juga termasuk pengundi.


5. Penyokong dan pemimpin ramai datang. Dari seluruh negara. Tapi sekadar jadi pelancong dan berkumpul sesama sendiri. Tak diberi tugas khusus. Banyak yang sekadar melahu.


6. Ada petugas yang nampak macam sibuk ke sana-sini, padahal sekadar menyesakkan jalan raya dengan kerja yang tak terancang. Nampak sibuk tapi menyibuk.


7. Kita tidak bekerja secara berpasukan. Setiap parti dengan aktiviti partinya sendiri-sendiri. Setiap parti sombong dengan status partinya. Kita tidak dilihat berpadu atau dilihat tidak berpadu.


8. Pemerhatian aku, pengundi tidak rasa mereka disantuni. Pengundi tak rasa mereka perlu sokong calon kerajaan. Mereka masih menaruh harapan kerajaan yang ada ini bakal tumbang.


9. Sebagai kerajaan kita mesti lebih bertegas menyusun kembali organisasi masyarakat di peringkat akar umbi. Kita hanya gah di atas, tapi di bawah kita hilang kawalan terutama institusi masjid.


10. Usah takut untuk bertindak agresif. Sisihkan mana-mana individu yang tidak mendokong aspirasi kerajaan daripada mana-mana institusi masyarakat. Ini bukan masa untuk berdiplomasi tak bertempat.


11. Bagi saya, kita hanya berkhayal bahawa orang ramai sedang sokong kita. Padahal masyarakat akar umbi belum benar-benar merasai kehadiran dan kewujudan kita. Kita masih syok sendiri.


12. Dalam drama bersiri Korea The Whirl Wind, Perdana Menteri Jung Soo-jin yang berusaha keras menjatuhkan Presiden Park Dong-ho berkata, "Kebenaran akan tewas kepada kekuatan". 


13. Kita mendakwa kita benar, tetapi apa guna kebenaran jika kita tidak ada kekuatan. Berubahlah sebelum kita rebah...!


Zola,

Pelancong PRK Sungai Bakap.

7 Julai 2024