From badminton to Musang King
Semoga PAS berhenti jadikan PAP dan Singapura sebagai propaganda dan momokan untuk menakutkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, sebab hari ini tiada masalah pula untuk PAS dan PN berjumpa PAP berbincang.
Takutlah akan dosa fitnah dan persepsi jahat.
Islam tak ajar begitu. Kembalilah kepada politik dosa pahala seperti yang pernah Tuan Guru Nik Aziz ajarkan dulu.
Dimana sahaja kita berpolitik,ia sepatutnya untuk kebaikan agama, untuk negara. Bukan kepentingan sempit dan atas dasar hasad dengki.
Fitnah merosakkan negara dan mengganggu ketenteraman masyarakat.
Muhammad Fairul Al Qasas
Jengka