Dzolkarnain Abidin. Al Abyani
Seseorang yang menerima harta yang haram (hasil arak, judi, riba dan seumpamanya) melalui transaksi yang sah (sedekah, hadiah, sumbangan, bayar hutang), dan penerima tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti haram itu, serta tidak meredainya, maka harta itu halal untuk penerima.
Hal sebegini bukan sahaja terpakai dalam konteks amalan sebuah kerajaan (kutipan cukai) atau organisasi (menerima sumbangan), bahkan terpakai untuk individu.
Perubahan hukum berlaku melalui perubahan pemilikan, meskipun subjek (ain) adalah sama.
Nabi SAW tidak diizinkan memakan sedekah.
Tetapi apabila Barirah menerima daging sedekah, kemudian dia menghadiahkan daging sedekah yang diterimanya kepada Nabi SAW, baginda memakannya.
Untuk Barirah adalah sedekah, tetapi untuk Nabi SAW adalah hadiah daripada Barirah.
Wallahu a'alam.