Nazri Hamdan
Hutang negara naik RM 1.22 trillion bukan sesuatu yang memeranjatkan.
Kalau tajuk ni cakap “hutang tak naik” baru semua patut terperanjat
RM 1.22 trillion ni apa? Ia adalah hutang terkumpul
Tak ada apa pun yang pelik di sini
Sebab?
Setiap tahun kita akan defisit. Belanja lebih besar dari pendapatan.
Selagi defisit ini ada selagi tu lah hutang terkumpul akan naik
Tapi yang penting kenaikan dalam hutang tu yang kena kawal
Sebab tu defisit kena turun
Tahun lepas 5 peratus. Tahun ni 4.3 peratus
Keadaan ni jauh lebih baik berbanding masa covid dulu kita defisit atas 6 peratus selama dua tahun
So apa maknanya?
Maknanya pertambahan hutang masih ada. Tapi kenaikannya berkurang
Tak nak hutang ni meningkat?
Boleh je, potong semua subsidi secara drastik. Silap-silap boleh jadi surplus.
Tapi yang susah adalah rakyat
Sebab tu economic reform seperti subsidi bersasar dibuat berperingkat
Pertambahan hutang ni akan tetap wujud selagi setiap tahun ada defisit
Tak perlu nak buat-buat pelik dan jadikan isu pun
Fokus di sini bukanlah jumlah hutang terkumpul tapi kadar defisit tahunan
Ia adalah satu isu kalau kadar defisit bertambah
Tapi yang berlaku sekarang ia menurun