HADIAH BERSAMA UNTUK ANWAR DAN ZAHID

 




Pirake Sungai Bakap

HADIAH BERSAMA UNTUK ANWAR DAN ZAHID


Zahid Hamidi kata kemenangan PH di Sungai Bakap 6 Julai nanti merupakan hadiah buat PM, Anwar Ibrahim sebab Sungai Bakap adalah kampung kelahiran Anwar. Sebenarnya kemenangan itu nanti juga merupakan hadiah buatnya.  


Kemenangan calon PH, Joohari itu akan beri gambaran  penerimaan dan restui rakyat kepada kerjasama di antara PH dengan BN, dan hakikatnya kerjasama dua sahabat Zahid dan Anwar yang tertangguh sebelum ini.


Untuk beberapa waktu sekurang-kurang 25 tahun, persahabatan mereka tertangguh atau ageda bersama tergendela  kerana beberapa takdir atau insiden yang berlaku. 


Sekiranya Anwar tidak dipecat daripada UMNO, mungkin persahabatan mereka tidak akan terjejas dan terjalin seperti biasa memberi peluang untuk mereka bangunkan negara lebih awal. Kalau Anwar memimpin UMNO selepas Mahathir pastilah Zahid menjadi pembantu atau timbalannya. 


Namun takdir tahun 1998 memisahkan mereka seketika dengan hala dan cara tersendiri sehingga ada menganggap mereka bermusuh antara satu sama lain. 


Bagaimana persahabatan yang dijalin atas roh Islam, tidak memutuskan hubungan mereka, dan aspirasi untuk rakyat negara dilaksanakan apabila mereka bergabung kembali dengan keduduk Anwar jadi PM manakala Zahid pula sebagai TPM.


Harapan orang untuk melihat Zahid menjejak dan menjadi pembantu Anwar yang terputus tersambung kembali. Itulah takdir dan itulah politik. Dan pirake Sungai Bakap merupakan suatu peristiwa atau podium untuk kedua menerima hadiah di atas kebersamaan dan setiakawan mereka selama ini apabila pirake itu dimenangi PH. InsyaAllah. Trims.