Ada orang kirimkan aku video 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗚𝗼𝗺𝗼 mendakwa kerajaan 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗮 𝗤𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗡𝗮𝘇𝗶𝗹𝗮𝗵 yang telah dibacakan oleh MP Jasin ketika Wan Faysal digantung dari dewan selama enam bulan baru-baru ini.
Aku memang dah agak walaun dan juga mereka yang sekawah dengannya 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶. Sebab itu saja yang mampu terfikir oleh mereka. Tapi aku sikit pun tak geram dorang baca doa tu.
Pertamanya, tiada sebab untuk takutkan doa tersebut. Sebab 𝗱𝗼𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ. Doa 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗹𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗴𝘂𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺 pihak yang kita tak suka atau musuhi.
Kedua, doa itu untuk musuh Islam. PH dan BN 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗶𝗿𝗶 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗽𝘂𝗻. Termasuklah DAP. Bahkan di Pulau Pinang, DAP yang mengetuai kerajaan, berikan 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 untuk Islam. Lebih besar dari negeri yang ditadbir oleh lebai PAS sendiri. Musuh Islamlah begitu?
Begitu juga dalam hal-hal lain. Umat Islam tak pernah 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵. Malahan majlis dakwah 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘇𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗶𝗻𝗶.
Kalau nak kira, ketika PN memerintah dahulu, pernah orang Islam 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗿𝗶 hanya semata-mata kerana 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵. Kalau kita nak tuduh dia musuh Islam lebih jelas tapi kita bukan jenis begitu.
Ketiganya, kita tak takut sebab sangat yakin doa tu tak akan makbul. Kalau berlaku pun seperti yang dia doa, itu atas kehendak Allah ﷻ. Bukan kerana doa mereka. Takkan Allah terima doa orang yang telah pergunakan agamaNya untuk mencari untung.
Yang jadi kecoh sebab qunut Nazilah ini adalah satu perbuatan 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Ia jauh bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad ﷺ.
Menurut sejarah, Ali r.a juga pernah dibacakan qunut Nazilah ini. Oleh siapa? Oleh 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷. Jadi bila ia dilakukan sekarang ini, itu menunjukkan fahaman Khawarij semakin membiak di negara ini.
Apakah kita tak boleh marah apabila fahaman sesat seperti Khawarij ini berkembang biak di negara kita? Sedangkan kita perlu risau soal Khawarij sebagaimana kita risaukan perbuatan 𝗺𝘂𝗿𝘁𝗮𝗱!
Jadi bila dengar qunut Nazilah dibacakan, yang buat kita marah adalah 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶-𝗷𝗮𝗱𝗶 hingga ke dalam dewan. Dah macam diiktiraf pula. Rakyat mesti diselamatkan dari kesesatan ini.
Jadi nasihat untuk Gomo, tak payah syok sendiri la. Kalau setakat muka macam lebai PAS tu berdoa, tiada apa nak dibimbangkan. Dia patut lebih risau dengan doa dari 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Mereka itu orang yang teraniaya. Guane boh?
Raja Gelap II