DAUN PANDAN Sebagai ANTI KENCING MANIS?





Daun pandan sering digunakan dalam pembuatan kuih-muih atau untuk memberikan aroma kepada nasi


Aroma pandan adalah disebabkan oleh bahan 2-acetyl-1-pyrroline (2AP). Bahan ini juga dijumpai dalam beras wangi, beras basmati dan bunga kesidang


Kajian menunjukkan bahan ini bermanfaat untuk menambahkan selera makan


Bahan aroma hadir dalam daun pandan pada kadar 10% dan mudah hilang akibat proses pemanasan. 


Justeru, untuk kurangkan kehilangan aroma pandan, sebaiknya masukkan daun pandan diakhir proses memasak.


Daun pandan juga mengandungi protein bioaktif dipanggil pandanin. Bahan ini bertindak sebagai antivirus. 


Daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksidan dan antikencing manis. 


Kajian menunjukkan pengambilan ekstrak air daun pandan selama 6 minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaiki.


Sebaiknya ekstrak air daun digunakan ketika masak nasi (guna beras basmati) untuk bantu kawal gula dalam darah


Ekstrak daun pandan pada kepekatan pula boleh digunakan sebagai bahan awet untuk elakkan pertumbuhan kulat. 


Justeru, untuk jadikan kuih lebih tahan, lebihkan sedikit ekstrak air daun pandan dalam kuih.


Kajian juga menunjukkan ekstrak air daun pandan boleh halang pertumbuhan bakteria Shigella dysentriae. 


Bakteria ini berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit disentri (boleh menyebabkan luka dalam usus).


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist



No comments:

Post a Comment