Dah tidur dan masuk tempoh bertenang? Aku nak huraikan pendapat aku tentang Sg Bakap.





Adakah aku risau?Nak kata tak risau tu tipu, tapi takdak la sampai panik.


Aku nak bermula dengan, tahun ini adalah tahun kena hentam kerana dasar tak populis yang baru dilaksanakan.


Perkara ni dipesan berulang kali secara dalaman kepada aku dan kawan-kawan.


Bila penyasaran subsidi diesel bermula? 10 Jun 2024.  


Bila pengundian di Sg Bakap? 6 Julai 2024.


Tak sampai sebulan ada PRK. 


Hari tu, masa awal dengar kemungkinan ada PRK, semasa ex-ADUN Sg Bakap arwah masuk hospital, kami dok terfikir, "dah nak kena tangguh pulak ka penyasaran diesel ni?"


Boleh ka nak tangguh? 


Tentu boleh, KALAU matlamat utama cuma nak menang pilihanraya kecil DUN yang tidak mengubah status quo kerajaan negeri dan pusat.


Tapi, kenapa tak tangguh ja pengumuman penyasaran tu? Buat lepas PRK la.


Dia gini. Naik jadi pimpinan negara ni, apa tanggungjawab sebenar?


Nak betulkan negara walaupun terpaksa amik risiko politik.


Tengok gambar yang aku share tu, kredit FMT Business.


Daripada belanjawan 2024 sejumlah RM393.8 billion, cuma 22.9% (90 billion) untuk perbelanjaan pembangunan (development expenditure, DE).


Yang lain, kena bayar gaji, pencen, bayaran hutang, geran kepada kerajaan negeri, subsidi.


Hutang 1MDB pun kena bayar sampai tahun 2039.


Negara cuma ada RM90 billion untuk belanja buat infrastruktur air, sekolah, hospital, jalan, macam-macam lagi.


Tak sampai 1/4 daripada belanjawan.


Tapi negara perlu membangun, perlu maintenance, perlu ditambah baik.


Sebab itu penyasaran diesel itu kena bermula Jun, supaya ada sebahagian portion subsidi dalam carta pie tu dapat dipindahkan ke DE nanti.


Kalau penyasaran subsidi diesel tidak bermula pada bulan Jun haritu, penjimatan yang disasarkan menjelang hujung tahun ini tidak akan dapat dicapai.


Jadi, nak betulkan negara untuk jangka masa panjang, atau nak menang PRK DUN yang tidak signifikan untuk kuasa di negeri dan pusat?


Kalau tanya politikus, jawapannya tentu nak menang pilihanraya semata-mata. 


Tapi, kalau tanya negarawan, tentu untuk jangka masa panjang.


Boleh sahaja PMX ambil langkah kekalkan subsidi diesel dengan cara keluarkan bon kerajaan, dapat lah duit.


Itu cara banyak PM sebelum ni.


Tak payah sasarkan subsidi diesel pun. Kekalkan saja.


TAPI.


Apa akan jadi kepada belanjawan negara tahun demi tahun?


Daripada 22.9% DE, ia akan semakin mengecil dan mengecil.


Portion subsidi dan pembayaran hutang akan semakin besar dan besar.


Dalam 10-20 tahun lagi, siapa yang jadi Kerajaan masa tu, tak ada portion DE yang baik untuk pembangunan negara.


Pelabur pun takkan masuk, sebab pengurusan negara dilihat lemah.


Dengan pendapatan sebanyak itu, tapi kerak besar.


Analogi macam bank tengok profile kewangan kita kalau nak bagi loan la.


Gaji 3k, tapi 2.5k bayar komitmen, mana berani bank nak bagi loan lagi.


Then, macam mana negara nak buat hospital baru? Sekolah baru? Turap jalan? Bekalan air?


Tu bukan masalah PMX pun dalam masa 20 tahun nanti, betul?


Pandai-pandai la PM masa tu fikir, betul?


Tapi, kalau dia seorang yang amanah, fikirkan negara bukan hanya politik peribadi, dia tentu tak sanggup bebankan generasi masa depan dengan situasi itu.


Dasar-dasar ekonomi baru yang sedang berjalan, MoU yang ditandatangani, semua tu amik masa untuk nampak depan mata.


Apa dasar ekonomi baru yang sedang berjalan?


Dasar gaji progresif untuk naikkan gaji pekerja swasta dalam fasa projek rintis. Gaji penjawat awam akan dinaikkan.


Program beri joran bukan ikan untuk B40 dan miskin tegar melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat.


Pembabitan banyak venture capitalist untuk scene startup Malaysia sedang berjalan menerusi inisiatif KL20.


Pekerjaan high growth high value yang bernilai tinggi adalah fokus utama negara.


Semua tu amik masa untuk rakyat biasa nampak kesannya.


Tapi tanda-tanda awal dah ada kerana pelabur memberi reaksi terhadap pasaran saham negara, hence indeks KLSE melepasi paras 1600.


Ia melambangkan keyakinan pelabur tentang hala tuju negara.


Kesimpulannya, dasar ekonomi yang insya Allah akan mengangkat negara sedang berjalan. 


Ia perlu disekalikan dengan penjimatan daripada penyasaran subsidi dan dasar tidak populis yang lain.


Ya, tahun ini adalah tahun yang sakit untuk penyokong kerajaan. Silap-silap ada yang beralih sokongan.


Tapi pengundi atas pagar ni kebanyakannya mengundi kerana faktor ekonomi.


Bila ekonomi negara dapat dirasai baik oleh rakyat bawahan dalam 1-2 tahun lagi, fahamlah semua kenapa buat dasar tak populis pada waktu ini.


Oleh itu, bertahanlah.


At the end of the storm, there's a golden sky. And the sweet silver song of the lark.


Najib Bakar