✍️ Ahmad Mursi
1. Ulama dalam Islam ada dua (1) Ulama Akhirat (2) Ulama Su'.
2. Nas Al-Quran dan Hadith menggalakan untuk dampingi Ulama' Akhirat dalam masa sama memberi amaran bahaya Ulama Su' (Jahat).
3. Ulama Akhirat disebut sebagai pewaris para Nabi yang mewarisi ilmu dan membimbing masyarakat.
4. Ulama Su' pula disamakan seperti anjing yang jelirkan lidah kerana menjual agama untuk dunia dan hawa nafsu.
5. Nabi saw menyebut Ulama' Su' lebih dikhuwatiri dari bahaya Dajjal dan mereka 'seburuk-buruk makhluk' kerana dari mereka munculnya fitnah.
6. Mempunyai Ilmu yang hebat tidak menjamin seseorang boleh terselamat dari godaan syaitan dan menjadi ghuluw.
7. Abdurrahman bin Muljam adalah Guru Al-Quran, penulis wahyu, penghafal Al-Quran. Akhirnya mati dalam keadaan sia2 kerana Ghuluw. Dia membunuh Saidina Ali sambil membaca potongan ayat Al-Quran: "Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya" Al-Baqarah:207.
8. Puncanya kerana dia berpolitik dan bermain isu akidah. Maka menjadi Ghuluw dan mengkafirkan Saidina Ali.
9. Status 'Tok Guru Al-Quran' di awal hidupnya tidak menjamin pengakhiran husnul khatimah atau su'ul khatimah.
10. Ada manusia yang awal hidupnya pelacur, akhirnya bertaubat dan Allah terima taubatnya maka mati dalam Husnul Khatimah. Ada yang awal hidupnya ahli ibadah, akhirnya mati Su'ul Khatimah dalam melakukan maksiat dan takabbur.
11. Janganlah cepat menghukum. Kesemuanya dalam ilmu Allah dan RahmatNya yang luas. Maka sentiasalah kita berdoa, menjauhi takabbur dan terus berusaha membuat amal kebaikan.