𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝟲 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡? 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠
✍️ Ahmad Mursi
1. Isunya samada 6 MP tu (1) dipecat atau (2) terhenti menjadi ahli BERSATU.
2. Jika dipecat, tidak boleh dikosongkan. Ini yang BERSATU dan Muhyidin pertahankan dulu semasa gubal Akta Lompat Parti. Semua parti lain sebaliknya setuju kerusi dikosongkan jika dipecat.
3. Sebab itu pindaan Perlembagaan (perkara 49A) HANYA kosongkan kerusi bila wakil rakyat itu terhenti menjadi ahli atau lompat parti atau jadi bebas. BUKAN DIPECAT.
4. Terhenti menjadi ahli contohnya jika lepaskan keahlian parti atau isi borang parti lain atau buat tindakan yang sebabkan keahliannya gugur dll.
5. Sebelum PRU15, hampir semua parti selain BERSATU pinda perlembagaan parti masing2 dan masukkan peruntukkan bahawa keahlian terbatal secara automatik jika langgar arahan parti. Jadi tidak perlulah MP itu dipecat.
6. Ada juga parti yang ikat dengan perjanjian. Jika lompat, keahlian terhenti dan kerusi dikosongkan serta dibayar pampasan.
7. Oleh kerana dulu BERSATU degil kerana nak memancing MP UMNO, maka kini senjata makan tuan. Barulah terhegeh-hegeh nak pinda perlembagaan parti. Cuma secara teknikal, mereka terlepas peluang kosongkan 6 kerusi itu.
8. Undang2 baru tidak boleh diguna untuk hukum kesalahan lampau. Orang belajar undang2 tahulah benda ni.
9. Apa BERSATU buat? Dibuat pemecatan terancang untuk 6 MP itu (constructive expulsion). Kan senang kalau dulu Muhyiddin dan BERSATU setuju pemecatan boleh kosongkan kerusi. Pecat sekarang tak boleh buat apa.
10. Keputusan Speaker itu betul, muktamad dan tidak boleh dicabar di Mahkamah (Peraturan 99).
11. Adakah selepas ini MP2 boleh sokong sesiapa sahaja berlawanan dengan parti sendiri dan Akta Lompat Parti tidak lagi efektif? TIDAK. Keahlian parti wakil rakyat akan tergugur secara automatik mengikut perlembagaan parti (yang dah dipinda) atau perjanjian dan kerusi mereka dikira kosong mengikut perkara 49A Perlembagaan.
12. Dengan sebab Akta ni, Kerajaan semakin stabil. Pelabur semakin yakin dan mencurah-curah masuk. Rating kita pun dah naik. Alhamdulillah.