APA MAKSUD HUTANG RM 86 BILLION, RM 1.22 TRILLION DAN RM 1.5 TRILLION DALAM BAHASA MUDAH FAHAM.


1. Maksud hutang RM 1.22 trillion



Pendapatan tahunan Ali ialah RM 100 ribu. Tapi Ali belanja RM 110 ribu. Maknanya Ali hutang RM 10 ribu setahun.


Dalam masa tiga tahun, kalau Ali konsisten hutang macam tu, jumlah hutang terkumpul Ali ialah RM 30 ribu.


Ia umpama hutang RM 1.22 trillion ni.


2. Maksud hutang RM 86 billion.



Ali ada income RM 100 ribu setahun tapi dia belanja RM 110 ribu. Maknanya defisit tahunan Ali ialah RM 10 ribu.


Ini kita panggil defisit. Kalau income lebih besar dari pendapatan kita panggil surplus.


RM 10 ribu defisit tahunan Ali ni sama seperti hutang tahunan RM 86 billion kerajaan ni.


3. Maksud hutang RM 1.5 trillion


Ingat tak Ali ada hutang terkumpul RM 30 ribu dalam masa tiga tahun.


Tapi pada masa yang sama pun Ali jadi penjamin kepada pinjaman bank adik-adiknya berjumlah RM 50 ribu.


Ini bermaksud, kalau adik-adik Ali gagal bayar, Ali kena bayar pada bank.


Ini adalah satu liabiliti pada Ali.


Maka hutang terkumpul RM 30 ribu ni tambah dengan RM 50 ribu bersamaan dengan RM 80 ribu. 


Ini umpama hutang RM 1.5 trillion. Kerajaan juga menanggung jaminan hutang seperti jaminan bon dan sukuk. Ini dipanggil contingent liabilities. 


Kalau mereka gagal bayar, maka kerajaan sebagai penjamin kena bayar.


Jadi bagi kerajaan, RM 1.22 trillion tambah contingent liabilities ialah RM 1.5 trillion.



Boleh dapatkan juga buku saya “Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan” saya ada cerita sedikit sebanyak pasal hutang kerajaan dalam buku tu. Link nak beli di ruangan komen.