MSO
Gambar ini dicuplik dari dalam FB Menteri Wilayah Dr Zalina Mustafa ia menerakan gambar semasa beliau buat lawatan tinjauan ke bawah. Mungkin lepas lawatan dia berihat sambil minum bersama orang ramai.
Sekejap kemudian datang seorang pengaman dari belakang siap untuk dendang lagu. Dr Z nampak hulur sumbangan kemudian pengaman itu dendangkan lagu. Grin grinnn.
Disini ada dua keadaan yang berbeza. Sebagai manusia yang mengerti seni / peri kemanusiaan Dr Z hulurkan sumbangan kepada pengaman berkenaan. Itu terbaik sebab kita disaran menderma.
Dari sudut kerja dan tanggungjawab Dr Z perlu tengok pengaman atau gelandagan sebagai satu fenomena yang merosoan masyarakat dan alam sekitar. Kuala Lumpur Madani rasanya tidak mahu melihatan gambaran sosial seperti kerana ia merosakkan imej.
Pada saya paling afdal untuk Dr Z cuba mengatasi macam mana untuk kurangkan kalaupun tiadakan langsung peminta sedekah berpasangan dan para pengaman yang bertaburan di kedai dan gerai makan hari ini.
Budaya import ini perlu diawasi bukan dibantu atas rasa kemanuisaan tetapi ia merosakan organ masyarakar Madani.
Mari pakar fikir bagaimana untuk membendungnya. Trims.