UCAPAN BULANAN PMX. HENTI AMALAN RASUAH. BUAT AKAN HADAP TINDAKAN.

 






Apakala menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, saya singgung kesedaran agar penjawat awam terus menjalankan tugas dan menghentikan salahlaku, kecurangan dan mesti memastikan penambahbaikan ke atas kelemahan yang ada. 


Saya konsisten dalam hal ini malah saya telah meminta pihak terkait untuk menambah anggota penyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya wujud kecurangan. 


Terkait ketegasan ini, saya telah meminta supaya ketua jabatan atau unit disekat kenaikan pangkat pegawai sekiranya didapati mengetahui berlaku kecurangan dalam jabatan mereka tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.


Pastinya, kaedah hukuman itu akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).


Dalam majlis yang sama, saya singgung ketegasan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel kerana ia mesti dilakukan meski tidak popular.


#MalaysiaMADANI