Migdad Zakaria
DEMI PORSCHE, ROVER AND HELLF!RE
Kata kunci dulu, M&M stands for Mekah dan Madinah.
Maaf kami tak nyatakan tarikh, maklumat hilang bila JD turunkan semua post kutip sumbangan melibatkan influencer.
Apa yang kami paparkan adalah dari bukti iklan dan flyers yang sempat follower kami SS sebelum JD turunkan semua iklan sumbangan melibatkan influencer.
Mungkin ada banyak lagi program derma AH&AT menggunakan platform JD.
Aktiviti terawal AH&AT mengutip sumbangan yang kami kesan ialah tahun 2020.
Tahun 2022 kutipan paling kencang dan pada penghujung tahun tersebut AH&AT keluarkan Porsche 911.
Program kutipan derma terakhir ialah minggu lepas. AH&AT hanya berjaya mengutip RM 41 ribu untuk program pek makanan M&M sebelum dicantas oleh PW Army.
Sehingga kini secara keseluruhan platform JD berjaya mengumpul dana sumbangan sebanyak RM 7.4 juta.
Dengan kutipan RM 2.47 juta, maka hasil kutipan AH&AT merupakan sumbangan terbesar.
That's why JD cukup berbesar hati mempelawa influencer sertai JD sebagai duta untuk kutip derma dengan habuan 20% dari jumlah kutipan.
Bila guna influencer, especially yang pamerkan imej Islamik sambil menunggang agama, awam senang tersentuh dan sumbangan akan masuk bagaikan durian runtuh.
Bila duit sumbangan masuk dengan lebat, dengan mengenakan management fee 5.5% lagi banyak JD boleh sebat.
Sebenarnya ramai influencer dipelawa oleh JD tapi yang kelihatan asyik menagih sumbangan hanya tiga ekor sahaja, AH&AT serta Iddin Ramli.
Jumlah kutipan Iddin juga hampir RM 1 juta.
Influencer yang teguh berprinsip menolak pelawaan JD sebab nampak cukup terang ianya adalah taktik licik untuk mencuri duit awam.
Terima kasih diucapkan kepada influencer yang kekal berprinsip.
Ingat, JD hanya sakau 5.5%. Setelah ditolak Toyyibpay, anggaran yang diterima oleh AH&AT dalam lingkungan 93%. Duit dari JD masuk sama ada ke dalam akaun peribadi atau akaun syarikat AH&AT.
Ke mana perginya duit sumbangan AH&AT, kami akan kupas dalam episode yang lain.
Banyak program yang fishy seperti Infaq Al Quran di Mekah dan Madinah.
Sebenarnya ada dua lagi platform yang AH&AT guna untuk kutip derma, iaitu MuslimahCare dan Hijanahshare. Kedua-dua platform tersebut telah hilang tanpa kesan.
The only bukti AH&AT guna platform Hijanahshare untuk kutip sumbangan ialah program derma madrasah. Jumlah kutipan RM 11 ribu hilang lesap, satu sen pun pihak madrasah tak dapat.
Jika duit madrasah pun AH&AT sanggup sebat, apatah lagi dengan sumbangan yang lain. Semuanya boleh kowtim.
Demi Porsche, Rover dan Hellf!re, AH&AT sanggup hidup dengan meminta-minta sambil melakonkan watak agama.