TOK DOR JADI MACAM PENYU DEMAM



Semalam saya bersembang dengan seorang rakyat Terengganu yang juga merupakan pengkagum Tok Dor Hadi yang tegar. Baginya Hadi dulu seorang pemimpin habat bertaraf dunia apabila dia dilantik menJadi naib pengerusi Sekretariat Ulama Sedunia  bagi peringkat Asia Tenggara. Tempat Hadi kini diganti Dr Salim dari Indonesia.


Ketika itu penggaruh dan wibawanya sama setanding dengan Anwar Ibrahim. Bahkan halangan dialami oleh Anwar untuk menggerakkan misi pengembangan Islam dan pembelaan kemanusiaan kerana dipenjara dilaksanakan Hadi yang menjadi wakilnya.


Katanya yang pernah aktif dalam Pas, status dimiliki Hadi itu menyebabkan dia mengkagumi Hadi sampai peringkat anggap Hadi sebagai wali yang punya keramah dan sakti.


Namun penerimaan dan tanggapan itu kini sudah sirna, semuanya kerana ulah Hadi sendiri. Pengaruh dan karismatik Hadi katanya mula menurun dan terjejas apabila bekas MB Terengggganu empat tahun lebih itu bergerak tidak seiringan dengan pemikiran Yusuf Qardhawi yang jadi ketuanya dalam Sekretariat Ulama Sedunia itu kerana menggambil pendekatan ekstremis dalam alur perjuangannya dan lebih mesra Syiah.


Bukan itu sahaja tuturnya, kritikan Hadi kepada Qardlhawi mengatakan Qardahwi sudah tua dan pekak juga mencemarkan wibawanya.


Sejak itu beliau lihat Hadi sekarag bukan Hadi sebelum ini, sebelum terperangkap dengan kegilaan kuasa mereka yang menggulingkan kerajaan PH. Pelantikan Hadi sebagai Duta Khas Timur Tengah juga katanya tambah menjejaskan kredibilitinya selaku kepimpinan Islam dan beliau tidak disanjung setinggi dulu lagi.


Dan pengaruh Hadi makin merosok begitu teruk sekali apabila dia telah terputus dengan mata rantai dengan gerakan Islam sedunia apabila tidak lagi memiliki apa apa jawatan dan kuasa dalam Sekretariat Ulama Sedunia. Hadi hari ini menurutnya jadi macam penyu tua yang demam. Trims.