SYABAS RAFIZI
Malam tadi Rafizi cabar seorang yang hadir di majlis peluncuran jentera pilihan raya PH agar naik ke pentas untuk bersoal jawab dengannya berhubung isu pensasaran subsisi disel.
Dengan menggelarkan oknum berkenaan sebagai budak Sanusi, Rafizi cabar naik ke pentas untuk bersoal jawab dan beliau ingin jelaskan kemusykilan lelaki yang dianggap budak Sanusi itu. Kurang jelas kenapa sampai kena cabar mungkin oknum berkenaan mengejek ucapan Rafuzu kok?
Rafizi memberi penjelasan kenapa dulu diumumkan hendak turun harga petrol kerana nilai subsidi ketika itu hanya RM 3 billion tetapi hari ini nilai susidi sudah cecah RM80 billion daripada lebih RM200 billion badjet, ia terlalu banyak sehinggakan wang itu tidak boleh untuk digunakan untuk pembangunan lain seperti pendidikan.
Subsidi itu pula dinikmati oleh orang yang sedia kaya raya, bukan rakyat marhaein.
Ramai orang pertikai dan cuba menempelak Rafizi dan juga Anwar berhubung harga petrol dan subsidi, tetapi tidak memahami realiti sebenar mengenai masalah kewangan negara dan salahguna pemberian subsidi. Inilah masalah kerajaan hari ini terpaksa berdepan dengan orang yang buta perut dan dangkal mengenai ekonomi. Yang buta itu bukan sahaja budak hamprak jadi "penarik tali beruk poembangkang," ada juga wakil rakyat, ahli parlimen yang buta dan cetek mengenai perekonomian.
Syabas kepada Rafizi yang mencabar lelaki berkenaan dan ajak bersoal jawab atas pentas. Sikap pemimpin berani cincang dan berani pikul sebeginilah yang kita ingini. Jangan main sembarangan dengan Rafizi kalau tak cukup persediaan, nanti sakit boleh malu pun boleh. Trims.